v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dilibair, Penyanyi Soprano Terkenal Etnik Uygur China

2006-09-05 08:39:30 CRI

Dilibair ialah penyanyi soprano terkenal etnik Uygur China.

Puan Dilibair dilahirkan di bandar Kashi,Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di bahagian barat China pada tahun 1958. Semua anggota keluarga Dilibair sangat suka menyanyi dan menari. Bapa Puan Dilibair sering mengadakan aktiviti keluarga pada hari Ahad, kesemua anggota keluarga akan menyanyi dan menari bersama-sama dengan gembira.

Dipengaruhi oleh suasana muzik keluarga, semasa Dilibair berumur 9 tahun, nyanyian dan tariannya telah menjadi sangat terkenal kepada kalangan penduduk tempatan. Pada tahun 1976, beliau diterima menyertai Kumpulan Nyanyian dan Tarian Xingjiang. Setelah lulus daripada fakulti opera Konservatori Muzik Pusat China pada tahun 1980, beliau diterima oleh Panggung Opera Pusat China.

Kini, Dilibair telah menjadi penyanyi tetap Panggung Opera Finland dan Sweden dan telah telah memainkan peranan wanita utama dalam puluhan opera terkenal. Selain itu, beliau juga telah mengadakan ratusan pertunjukan nyanyian solo dan telah bekerjasama dengan banyak konduktor orkestra dan orkestra simfoni yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Puan Dilibair juga sering kali kembali ke tanah air untuk mengadakan konsert. Sebagai profesor tamu diInstitut Muzik Universiti Perguruan Xinjiang, beliau juga menubuhkan Pusat Pengajian Seni Suara Dilibair di sana.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Persada Muzik" Kali Ini

Lagu I                                                    "Segelas Arak"

Lagu II                                                   "Karnival di Venice"

Lagu III                                                  "Kerinduan"

Lagu IV                                                  "Burung Bulbul"

Lagu V                                                   "Talimu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |