v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsert Ulang Tahun Ke-50 Orkestra Simfoni China

2006-09-19 11:31:16 CRI

Orkestra Pusat China ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1996, Orkestra Pusat China disusun semula menjadi Orkestra Simfoni China. Ramai pemuzik terkenal China telah memberi sumbangan terhadap pembangunan orkestra tersebut.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Orkestra Simfoni China. Perkembangan Orkestra Simfoni China telah memperlihatkan perkembangan muzik simfoni China. Ini disebabkan Orkestra Simfoni China sentiasa mengekalkan taraf tertinggi persembahan muzik simfoni di China. Selain itu, pemuzik orkestra tersebut juga telah mencipta banyak gubalan muzik simfoni yang mempunyai ciri khas China.

Ketua Orkestra Simfoni China kini ialah Guan Xia, seorang pencipta lagu terkenal China. Di bawah pimpinannya, Orkestra tersebut telah mengadakan pertukaran dengan arena muzik antarabangsa secara lebih terbuka. Pada Mei tahun ini, Orkestra Simfoni China mengadakan persembahan muzik fantasi simfoni yang bertajuk "Raja Negeri Chu Berpisah dengan Gundiknya" di lapan bandar A.S. dan telah memperlihatkan gubalan muzik simfoni yang mempunyai ciri khas China kepada para penonton A.S..

Senarai Muzik dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini

Muzik I                                                "Pujian terhadap Bendera Merah"

Muzik II                                               "Malam Karnival"

Muzik III                                              "Mempertahankan Sungai Kuning"

Muzik IV                                              "Raja Negeri Chu Berpisah dengan Gundiknya"

Muzik V                                               "Pujian terhadap Gembira"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |