Liu Lin telah berusia 63 tahun. Beliau menganggotai Orkestra Etnik Pusat China pada tahun 1962 sebagai seorang pemain Erhu. Lalu, beliau mula mempelajari seni suara dan juga memperlihatkan bakatnya yang sangat baik dalam bidang tersebut. Akan tetapi impian beliau adalah untuk menjadi penggubah seni kata. Pada tahun 1983, beliau kembali menganggotai Konservatori Muzik Pusat China untuk mempelajari dalam jurusan kesusastraan muzik.
Seni kata yang digubahkan oleh Liu Lin bercirikan puisi klasik China. Beliau berkata, setelah kembali ke tanah air dari luar negara, beliau mendapati China bukan sahaja kaya dengan kebudayaan timur yang tradisional, akan tetapi juga sangat dinamik. Beliau sangat gembira melihat perkembangan tanah air dan telah menggubah kerya-karya yang memuji tanah air.
Seni kata yang digubahkan oleh Liu Lin sangat digemari oleh para pencipta muzik dan penyanyi dan juga sangat popular dalam kalangan peminat seni suara. Silalah nikmati lagu ini yang dipersembahkan oleh Yao Hong, Zhen Yong, Liu Weiwei dan Huang Yuefeng.
Senarai Lagu dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini
Lagu I "Sungai Ibunda"
Lagu II "Memasuki Musim Bunga"
Lagu III "Bermain Tarian Naga"
Lagu IV "Ucap Selamat untuk Tanah Air"
Lagu V "Pujian untuk Tanah Air"
|