v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Irama Lagu Pipa Yang Dimainkan oleh Fang Jinlong

2006-10-10 09:43:15 CRI

Fang Jinlong ialah pemain Pipa terkenal China. Ayah Fang Jinlong ialah seorang pemain alat muzik dalam kumpulan opera Huangmei, sejenis opera tempatan di Provinsi Anhui China. Semasa Fang Jinlong berumur 6 tahun, ayahnya telah mula mengajar beliau memainkan Pipa.

Pada tahun 1978, Fang Jinlong menganggotai Orkestra Muzik Kebangsaan Barisan Hadapan Kawasan Ketenteraan Nanjing yang terdiri daripada ramai pemain terkenal China. Dengan panduan beberapa pemain Pipa terkenal China termasuklah Wang Huiran, Liu Dehai dan Lin Shicheng, taraf pemainan Pipa beliau mencapai kemajuan besar. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai pemain alat muzik yang utama dalam orkestra tersebut.

Selain itu, beliau juga pandai memainkan pelbagai alat muzik tradisional yang lain, antaranya termasuklah Guzheng, Guqin, Zhongluan, Sanxian dan Liuqin. Beliau juga pandai memainkan beberapa jenis alat muzik Finland, Rusia, India dan Korea Utara. Selain memainkan irama lagu, beliau juga sangat berminat untuk mengumpulkan pelbagai alat muzik dari dalam dan luar negara China. Pada tahun 2002, Muzium Alat Muzik Jinlong telah dirasmikan.

"Konsert Persembahan Solo Pipa Fang Jinlong" diadakan di Hong Kong pada tahun 1994. dalam konsert tersebut, beliau telah mempersembahkan 16 buah lagu tanpa iringan. Persembahan beliau disanjung tinggi oleh para peminat seni suara tempatan.

Senarai Lagu dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini

Lagu I                                              "Pergi ke Pesta Bunga"

Lagu II                                             "Salji Putih pada Musim Bunga"

Lagu III                                            "Lagu Nelayan Pulang dari Laut"

Lagu IV                                            "Berikan Ku Setangkai Bunga Mawar"

Lagu V                                             "Hari yang Gembira"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |