v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persembahan Malam daripada Rombongan Yunnan

2006-10-17 09:42:14 CRI

Persembahan Kesenian Etnik Minoriti China Ke-3 sedang diadakan di Beijing baru-baru ini. Lebih 3000 orang seniman daripada 56 buah etnik China mengadakan persembahan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri pelbagai etnik dan tempat China untuk para penonton Beijing. Antaranya persembahan malam "Tarian Awan" dipersembahkan oleh rombongan Yunnan.

Provinsi Yunnan terletak di bahagian barat daya China, 18 buah etnik daripada kesemua 26 buah etnik di Yunnan telah mengadakan persembahan mereka.

Jumlah penduduk etnik Blang sedikit dan "Ding" merupakan alat muzik tradisional mereka. Penduduk etnik Blang suka sambil memainkan "Ding" sambil menyanyi.

Bukan sahaja lagu-lagu dalam persembahan yang mempunyai ciri-ciri etnik minoriti, akan tetapi tarian yang dipersembahkan oleh rombongan Yunnan juga sangat menarik.

Selain tarian tersebut, tarian "Tiao Cai" dari etnik Yi, "Tarian Merak" dari etnik Dai, tarian "Da Tiao" dari etnik Primi, tarian "Gendung Bajiao" dari etnik Bai dan beberapa tarian dari etnik minoriti yang lain di Yunnan telah memperlihatkan adat istiadat etnik minoriti Yunnan.

Lagu "Bai Shi" tadi dan lagu "Hai Cai Qiang" dari etnik Yi telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Bukan Benda China.

Senarai Lagu dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini

Lagu I                                                       "Petik Awan"

Lagu II                                                      "Bai Shi"

Lagu III                                                     "Hari yang Baik"

Lagu IV                                                     "Lagu Cinta Shangrila"

Lagu V                                                      "Tali Pinggang yang Merah"

Lagu VI                                                     "Hai Cai Qiang"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |