v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Guan Hanqing, Dramatis Tersohor dalam Sejarah China

2006-11-22 12:32:02 CRI

Guan Hanqing merupakan dramatis yang ulung dalam sejarah China. Opera trajedi "Dou E yang Difitnah" yang digubah oleh beliau telah dipersembahkan selama 700 tahun sehingga sekarang. Senario opera itu juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan opera itu telah dipersembahkan di pelbagai tempat di dunia.

Guan Hanqing hidup pada zaman Dinasti Yuan iaitu abad ke-13 Masihi. Beliau berbakat dan seorang yang lucu. Beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas, tetapi juga mempunyai kepandaian dalam bidang-bidang menggubahan sajak, permaian alat-alat muzik seperti seruling dan Guqin, tarian, permainan catur dan pemburuan. Guan Hanqing tinggal di Dadu iaitu Beijing pada masa ini. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai doktor di hospital diraja. Walau bagaimanapun beliau tidak berminat terhadap bidang kedoktoran tetapi lebih berminat terahadap bidang penggubahan senario opera.

Opera yang digubah oleh Guan Hanqing bukan dipersembahkan kepada kalangan bangsawan dan orang kaya tetapi untuk memperlihatkan kesengsaraan rakyat. Kerajaan Dinasti Yuan diperintah oleh Etnik Mongol, rakyat Etnik Han yang merupakan majoriti penduduk China dianggap sebagai rakyat kelas bawahan dan hidup dalam kesengsaraan. Guan Hanqing bersimpati terhadap kehidupan rakyat jelata kelas bawahan. Beliau meletakkan jawatan lalu menggubah senario opera bagi mendedahkan ketidakadilan masyarakat dan menyatakan perasaan simpati terhadap rakyat jelata. Beliau juga berhasrat untuk memperlihatkan cita-cita luhurnya menerusi opera yang digubah oleh beliau.

Guan Hanqing bukan sahaja mempunyai bakat kesenian yang tinggi tetapi juga memahami kehidupan rakyat jelata dan bahasa mereka. Ini telah memberi ilham kepada beliau semasa beliau menggubah opera. Walaupun kedudukan pelakon opera dalam masyarakat sangat rendah pada masa itu, Guan Hanqing sentiasa memelihara hubungan rapat dengan mereka. Beliau juga sentiasa menjadi pengarah opera malah melakonkan opera bersama-sama dengan para pelakon. Dalam opera, beliau bukan sahaja telah mendedahkan realiti masyarakat, menyampaikan perasaan simpati dan memuji rakyat jelata kelas bawahan, bahkan juga telah memperlihatkan keberanian dan bantahan beliau terhadap penguasa.

Opera "Dou E yang Difitnah" yang digubah oleh Guan Hanqing telah mengisahkan trajedi tentang Dou E, seorang balu yang muda. Semasa kanak-kanak, ibu Don E telah meninggal dunia. Bapanya yang miskin telah menjual Dou E kepada Mak Cai sebagai menantu Mak Cai. Selepas suami Dou E meninggal dunia disebabkan penyakit, Dou E hidup bersama-sama dengan Mak Cai untuk menyara beliau. Dou E dituduh oleh seseorang yang berniat jahat dengan tuduhan membunuh orang dengan menggunakan racun. Sebenarnya Dou E memang tidak bersalah. Akan tetapi, pegawai yang menangani kes itu telah menerima rasuah daripada orang jahat tersebut. Pegawai itu menyeksa Dou E agar dia mengakui kesalahannya. Dou E tidak tunduk terhadap tuduhan itu. Pegawai itu menyebat Mak Cai pula di hadapan Dou E disebabkan pegawai itu mengetahui bahawa Dou E amat menyayangi Mak Cai. Demi mengelakkan Mak Cai daripada terus disebat, maka Dou E terpaksa mengakui kesalahan yang bukan-bukan yang didakwa terhadapnya itu. Dou E dijatuhi hukuman mati. Walaupun dijatuhi hukuman mati, Dou E dengan marah membantah ketidakadilan pemerintah yang diibaratkan seperti "langit" dengan "bumi". Dou E mendakwa bahawa "langit" dan "bumi" tidak berdaya membezakan orang yang baik dengan orang yang jahat. Sebelum dibunuh, Dou E telah mengeluarkan sumpahan iaitu salji tebal akan turun bagi menutupi mayatnya dan kekeringan akan berlaku berturut-turut selama 3 tahun. Masa itu merupakan musim panas iaitu pada bulan Jun. Selepas Dou E dibunuh, salji tebal telah turun, mayatnya telah diliputi oleh salji yang tebal dan kekeringan telah berlaku berturut-turut selama 3 tahun.

Dalam opera "Dou E yang Difitnah", Guan Hanqing menggunakan kaedah romantik dalam merealisasikan semua kehendak Dou E. Dengan berbuat demikian, Guan Hanqing telah menyatakan hasrat rakyat yang difitnah dan tersalahhukum oleh penguasa bagi menghapuskan fitnahan yang dikenakan terhadapnya.

Guan Hanqing menggubah lebih 60 buah opera dan 18 buah antaranya dikekalkan sampai sekarang. Drama yang digubah oleh beliau telah melahirkan pengaruh besar terhadap perkembangan drama di China dan beliau juga digelar sebagai "Shakespeare di timur".

Li Jian

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |