Lagu cinta penyanyi lelaki Taiwan China Huang Pinyuan yang istimewa telah diminati ramai.. Sejak melancarkan album pertamanya pada tahun 1990, banyak lagu nyanyiannya diminati ramai dan dinyanyikan. Pada Ogos tahun ini, beliau melancarkan album lagu cinta yang bertajuk "Mencintaimu". Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan album tersebut kepada saudara pendengar.
Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah salah satu lagu berirama Rock dalam album terbaru itu yang bertajuk "Segeralah Mencintaiku".
Album Huang Pinyuan itu mengekalkan tradisi lagu cintanya. Banyak lagu cinta dalam album itu seperti "Segeralah Mencintaiku", "Betapa Lamanya Kebadian", "Mengapa Kau Berpisah dengan Saya" dan lain-lain berasal daripada kisah cinta. Irama lagu tersebut sangat merdu. Nyanyian Huang Pinyuan yang lembut dan gemersik. Seterusnya silalah nikmati lagu utama album itu yang bertajuk "Betapa Lamanya Keabadian".
Kebanyakan lagu Huang Pinyuan menggambarkan perasaan kaum lelaki dan kisah cinta orang ramai. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Musim Panas Itu".
Dalam album terbaru itu, terdapat 10 lagu yang menggambarkan cinta. Antaranya 6 lagu ialah lagu ciptaannya sendiri. Huang Pinyuan yang pandai mencipta lagu cinta sentiasa dapat menggambarkan perasaan cinta yang dilihat dalam kehidupan yang digubah melalui muzik yang dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengar. Beliau bukan sahaja dapat menggambarkan perasaan kaum lelaki yang jatuh cinta, tetapi juga dapat menyanyikan hasrat kaum lelaki. Seterusnya silalah nikmati lagu ciptaan Huang Pinyuan yang bertajuk "Lautan Cinta yang Sepi".
Dalam lagu itu dinyatakan, "Jika saya ucapkan kata-kata cinta terhadapmu lebih dahulu, mungkin kita tidak akan berpisah. Saya tidak pasti sama ada perlu mengucapkan salam kepadamu atau membencimu. Saya fikir saya boleh melupakanmu, tetapi saya tidak mampu."
Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu utama album tersebut yang bertajuk "Mencintaimu".
|