v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Chen Xu dan Lagu-lagunya

2006-12-19 14:03:24 CRI

 Chen Xu dilahirkan pada tahun 1980-an. Beliau ialah pemuzik yang pandai mencipta lagu dan tarian. Sejak memasuki arena lagu, beliau diminati oleh ramai peminat muzik. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan Chen Xu dan lagu nyanyiannya.

Chen Xu berasal dari Haerbin, provinsi Heilongjiang China. Beliau mempunyai wajah yang tampan dan pandai menyanyi serta menari. Selepas tamat daripada sekolah menegah, disebabkan amat menggemari sukan tinju, maka beliau kemudian menjadi ahli tinju profesional. Selepas itu, beliau diterima memasuki pusat latihan polis, menamatkan latihan di sana dan kemudian menjadi seorang anggota polis.

Akan tetapi, kerana sukar untuk mengurangkan minatnya yang mendalam terhadap muzik dan tarian, maka tidak lama selepas itu, Chen Xu melepaskan kerja sebagai seorang polis lalu pergi ke Beijing untuk mempelajari nyanyian dan tarian. Pada tahun 2000, Chen Xu menyertai pertandingan pemilihan penyanyi yang diadakan oleh sebuah syarikat rakaman Republik Korea. Beliau memberi kesan yang mendalam kepada para pengadil dan dipilih sebagai penyanyi utama kumpulan penyanyi TNT Republik Korea. Dengan itu, beliau memasuki arena muzik pop Republik Korea. Dalam tempoh 3 tahun selepas itu, Chen Xu diminati ramai. Selain mengadakan persembahan, beliau juga mempelajari penggubahan muzik dan menerima latihan nyanyian dan tarian. Dengan itu, beliau telah menjadi seorang pemuzik yang baik.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Jatuh Cinta Pandang Pertama".

Pada tahun 2003, Chen Xu memutuskan hasrat untuk kembali ke tanah air dan mencari peluang pekerjaan baru. Tidak lama selepas itu, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Chen Xu dan jambangan bunga". Seterusnya marilah kita nikmati lagu utama album itu yang bertajuk "Jambangan Bunga".

Pada tahun 2005 dan 2006, Chen Xu turut melancarkan dua album. Kedua-dua album tersebut menarik perhatian pendengar. Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album keduanya yang bertajuk "Dua Orang Lelaki dari Bahagian Timur Laut China". Inilah ciptaan Chen Xu sendiri.

Berikutnya silalah nikmati lagu Chen Xu yang bertajuk "Masihkah Kau Mencintaiku Atau Tidak".

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu Chen Xu dalam bahasa Korea yang bertajuk "Tikus Menyukai Beras"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |