v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Luo Guanzhong, Penulis Tersohor pada Zaman Dinasti Ming China dan Roman Kerajaan Tiga Negeri, Novel Terkenal yang Digubah oleh Beliau

2006-12-20 11:06:30 CRI

Roman Kerajaan Tiga Negeri merupakan sebuah novel klasik yang terkenal di China. Ramai penduduk China menggemari novel itu. Penggambaran tentang peperangan yang besar-besaran, ramai watak yang mempunyai keistimewaannya tersendiri dan cerita yang menarik daripada novel itu sentiasa menarik perhatian rakyat China turun-temurun dalam beberapa abad yang lalu dan juga menjadi kajian ramai pakar dan sarjana dalam jangka masa yang panjang. Novel yang terkenal itu digubah oleh Luo Guanzhong, penulis tersohor pada zaman Dinasti Ming.

Luo Guanzhong hidup pada zaman abad ke-14 Masihi. Sejak kecil lagi, beliau berminat pada buku dan telah membaca sejumlah besar buku. Ini telah menyediakan asas bagi beliau dalam bidang penggubahan kesusasteraan pada kemudian hari kelak.

Pada abad ke-14 Masihi, pemerintahan Dinasti Yuan yang ditubuhkan oleh kumpulan bangsawan Etnik Mongol melaksanakan tindakan yang kejam terhadap rakyat Etnik-etnik Han dan lain-lain dan hal ini telah menimbulkan bantahan rakyat jelata. Dengan itu, tentera pemberontakan petani telah ditubuhkan di pelbagai kawasan di China. Mereka melancarkan peperangan terhadap tentera kerajaan Dinasti Yuan bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan itu.

Semasa itu, Luo Guanzhong yang masih muda juga telah menyertai tentera pemberontakan petani bagi merealisasikan cita-citanya yang luhur dalam bidang politik. Selepas Zhu Yuanzhang, pemimpin salah sebuah tentera pemberontakan petani berjaya mengalahkan tentera kerajaan Dinasti Yuan dan menubuhkan kerajaan Dinasti Ming, Luo Guanzhong telah memulakan penggubahan dalam bidang kesusasteraan.

Roman Kerajaan Tiga Negeri telah mengisahkan perihal sejarah tentang tiga negeri iaitu Negeri-negeri Wei, Shu dan Wu yang wujud pada tahun 184 Masihi hingga tahun 280 Masihi. Luo Guanzhong telah menggambarkan perjuangan dalam bidang politik dan ketenteraan yang dilancarkan antara ketiga-tiga negeri tersebut berdasarkan catatan sejarah, legenda dan cerita kalangan rakyat yang dikumpulkan oleh beliau dan cita-citanya yang luhur dalam bidang politik serta pengalaman peperangan yang dialaminya semasa menyertai tentera pemberontakan petani.

Roman Kerajaan Tiga Negeri telah mencapai pencapaian yang tinggi dari segi seni kesusasteraan. Luo Guanzhong telah berjaya menggubah lebih 400 watak dalam novel itu. Beberapa puluh orang watak utama daripadanya masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri dan amat menarik sekali, seperti Raja Negeri Wei iaitu Cao Cao yang pandai menggunakan kuasa tetapi suka berperasangka, Perdana Menteri Negeri Shu Zhuge Liang yang cerdik dan mempunyai banyak taktik serta sentiasa mencapai kemenangan dalam peperangan, Panglima tentera Negeri Shu Zhang Fei yang gagah berani, Panglima tentera Negeri Wu Zhou Yu yang berbakat tetapi berhati kecil dan lain-lainnya. Watak-watak yang beraneka ragam dan seakan-akan yang hidup tersebut telah memikat hati tidak terkira betapa ramainya rakyat China dari pelbagai dinasti zaman feudal yang silam terus sampai zaman sekarang.

Roman Kerajaan Tiga Negeri yang digubah oleh Luo Guanzhong bukan sahaja mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi, tetapi juga merupakan sebuah karya sastera yang bersifat ensiklopedia masyarakat feudal China. Isi kandungan novel itu telah meliputi pelbagai pelosok masyarakat China pada masa itu. Sekarang, semakin ramai pakar dan sarjana China meneliti Roman Kerajaan Tiga Negeri, mereka menyelidik nilai budaya dan nilai realistik novel yang terkenal itu dari pelbagai segi seperti kajian-kajian sejarah, bakat manusia, psikologi, hubungan awam, taktik, pentadbiran, ketenteraan, kesenian, etika dan lain-lainnya. Roman Kerajaan Tiga Negeri juga digemari oleh rakyat pelbagai negara. Novel itu telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan sangat laris di seluruh dunia. Novel itu digelar sebagai "karya sastera ulung yang benar-benar mewakili rakyat jelata".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |