v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Selamat Hari Krismas

2006-12-26 10:30:28 CRI

 Esok ialah Malam menjelang Krismas. Dalam ruangan hari ini, saya akan hidangkan beberapa lagu untuk Hari Krismas dan juga menyampaikan salam kami kepada saudara pendengar.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Nyanyian Pari-Pari" yang dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi "Gadis Rempah China". Kumpulan penyanyi "Gadis Rempah China" terdiri daripada empat orang gadis muda. Mereka tamat daripada Institut Tarian Beijing. Mereka bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita, tetapi juga mempunyai suara yang merdu. Marilah kita nikmati bersama-sama.

25 Disember ialah hari perayaan bagi penganut agama Kristian untuk memperingati hari kelahiran Jesus Nabi Isa. Pada mulanya, Hari Krismas ialah perayaan agama Kristian. Akan tetapi, seiring dengan perkembangan sejarah dan pertukaran kebudayaan antara pelbagai negara, hari itu menjadi hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat China.

Sempena Hari Krismas, warna yang paling diminati oleh orang ramai ialah merah, hijau dan putih. Antaranya, warna hijau ialah pokok Krismas, menandakan panjang umur. Pada pokok Krismas tersebut dihiaskan lampu, lilin, bunga, bintang dan lain-lain untuk menambah suasana hari Krismas yang ceria. Pada malam menjelang hari Krismas, orang ramai akan menyanyi dan menari mengelilingi pokok Krismas dengan gembira. Warna merah dan putih ialah warna Santa Claus. Santa Claus ialah tokoh yang paling diminati dalam aktiviti hari Krismas. Seterusnya, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Malam Menjelang Krismas" yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki China Yang Kun.

Belasan tahun yang lalu, pokok Krismas dan Santa Claus tidak dikenali oleh warga China. Akan tetapi, seiring dengan pertukaran kebudayaan timur dengan barat, semakin hari semakin ramai warga China suka merayakan perayaan barat untuk memahami kebudayaan asing. Lagu yang saya hidangkan nanti bertajuk "Santa Claus datang" yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita China Chen Lin. Lagu itu menggambarkan kegembiraan orang ramai sempena hari Krismas.

Untuk merayakan hari Krismas, banyak hotel dan pusat perniagaan di bandar-bandar besar China telah mewujudkan suasana perayaan tersebut sebulan sebelum hari Krismas. Berikutnya kami hidangkan lagu yang bertajuk "Malam Menjelang Krismas" yang dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi "Hua Er".

Sebagai hidangan terakhir, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Malam Krismas".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |