Terlebih dahulu, saya sampaikan salam yang tulus ikhlas kepada saudara pendengar! Saya berharap pada tahun baru ini saudara pendengar lebih bersemangat, segala tugas dapat dijalankan dengan beres dan memuaskan hati.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati bersama-sama lagu yang bertajuk "Rayakan Tahun Baru". Irama lagu itu memperlihatkan suasana tahun baru yang riang gembira dan segala kepahitan pada masa lalu harus dilupakan. Saya juga menyampaikan harapan untuk tahun baru. Dengan lagu ini, saya juga turut memberi salam itu kepada saudara pendengar.
Dalam kehidupan setiap orang, keluarga sentiasa merupakan tempat pelindungan yang paling selamat. Walaupun memiliki kehidupan yang mewah atau kehidupan yang biasa, anak-anak akan sentiasa merindu keluarganya. Sempena tahun baru ini, saya berharap pendengar sekeluarga hidup dengan bahagia dan sentosa! Seterusnya kami hidangkan lagu utama drama TV bersiri "Jia You Jiu Feng" yang telah disiarkan. Lagu itu mengandungi puji-pujian dan kerinduan terhadap keluarga. Marilah kita nikmati bersama-sama lagu itu yang dinyanyikan oleh Liu Huan.
Menjelang tahun baru, biasanya kita sering mengutus kad-kad ucapan, menyampaikan salam, harapan, cita-cita dan lain-lain kepada seseorang. Berikutnya kami hidangkan lagu yang bertajuk "Terima Kasih Kepadamu" yang dinyanyikan oleh Sun Yue. Marilah kita sama-sama berdoa dengan tulus ikhlas untuk rakan-rakan kita.
"Terima kasih kepada ibuku kerana telah melahirkanku; terima kasih kepada kehidupan kerana memberikan sahabat dan cinta kepadaku; terima kasih kepada kedamaian; terima kasih kepadamu, kekasihku dan temanku! Terima kasih kepada segala-galanya." Lagu tadi ialah salah satu lagu lama yang dinyanyikan oleh Sun Yue. Seni kata lagu itu menggambarkan perasaan yang tulus ikhlas. Oleh itu, lagu tersebut sangat diminati ramai dan menjadi popular hingga kini. Pada hakikatnya, setiap orang akan mengalami penderitaan dan kesukaran dalam kehidupan mereka. Seiring dengan berlalunya waktu, semuanya akan menjadi pengalaman seumur hidup yang amat berharga.
Pada tahun baru, biasanya dipenuhi dengan suasana gembira, walaupun kemungkinannya ramai yang tidak dapat berkumpul bersama-sama dengan anggota keluarga dan teman-temannya disebabkan tugas atau melanjutkan pelajaran. Akan tetapi itu tidak akan menjadi kesalan, kerana terdapat satu pepatah yang berbunyi bahawa "Jauh di mata, dekat di hati". Berikutnya kami hidangkan lagu "Selamat Tahun Baru" yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik "Shui Mu Nian Hua".
Dalam hidup ini, kita mempunyai banyak impian. Impian itu mengayakan kehidupan kita. Dalam proses merealisasikan impian, kita dapat memahami akan kesukaran hidup, dan juga memahami akan daya cinta. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu "Impian Pertama" yang dinyanyikan oleh Fan Weiqi.
Jika saudara pendengar masih ingat lagi akan impian pertama saudara, maka gunakanlah setiap detik dengan baik dalam kehidupan, dan merealisasikanlah impian-impian itu. Saya berharap saudara pendengar akan mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun baru ini.
|