v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lin Yilian dan Album Terbarunya

2007-01-09 13:02:48 CRI

Biduanita Hong Kong China Lin Yilian telah kembali ke arena lagu dan melancarkan album terbarunya yang bertajuk "Nafas". Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan album itu kepada saudara.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album itu yang bertajuk "Seorang".

Lin Yilian ialah salah seorang penyanyi mempunyai kebolehan yang paling istimewa dalam arena lagu Hong Kong. Sejak album pertamanya yang bertajuk "Cinta, Saya Tidak Tahu" dilancarkan pada tahun 1984 hingga album "Lin Yilian's" yang dilancarkan kemudian telah mencipta rekod penjualan sebanyak 4 juta unit di Asia. Oleh itu, beliau dengan cepat menjadi salah seorang penyanyi yang paling diminati. Selepas itu, beliau melancarkan beberapa album. Beliau mahir menyanyikan lagu cinta. Lagu cinta ialah lagu tetap pada bahagian utama dalam album terbarunya yang bertajuk "Nafas".

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Angin di Selatan". Lin Yilian suka akan lagu tersebut kerana seni kata lagu itu memperlihatkan perasaan dalam hatinya.

Lin Yilian telah mengambil masa selama 3 tahun untuk melancarkan album itu. Beliau berturut-turut menyertai proses pemilihan lagu, rakaman dan pembuatan album. Selain mengekalkan irama lagu yang beliau mahir, Lin Yilian juga mencuba untuk menyanyi lagu yang berirama R&B, New Age, Rock Ringan dan lain-lain. Berikutnya silalah nikmati lagu yang bertajuk "Face to Face".

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Hari". Marilah kita nikmati bersama-sama.

Sebagai hidangan akhir, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Talian Terputus".

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |