v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Li Huizhen dan Album Terbarunya

2007-01-16 14:25:06 CRI

Biduanita China Li Huizhen selepas bersepi selama 9 tahun telah kembali ke arena lagu dengan membawa album terbarunya yang bertajuk "Mencari Li Huizhen". Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan Li Huizhen dan albumnya kepada saudara.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album itu yang bertajuk "Mencari Li Huizhen".

Pada tahun 1993, Li Huizhen yang berusia 16 tahun telah mencapai kejayaan dalam Pertandingan Penyanyi Muda Seluruh China. Dengan itu, beliau memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Pada tahun 1996, beliau melancarkan lagu yang bertajuk "Menunggu". Pada tahun itu, album pertamanya yang bertajuk "Menunggu" juga memperoleh hasil yang baik. Li Huizhen juga memperoleh anugerah "Penyanyi Baru Terbaik" di arena lagu pada tahun itu. Akan tetapi, beliau dibuang oleh syarikat rakamnya kerana mengejut gemuk. Pada tahun 2000, Li Huizhen ditemukan tumor dalam kepalanya. Selepas beliau menjalankan pembedahan, ayahnya mengejut meninggal dunia. Dengan itu, beliau terpaksa meninggalkan arena lagu.

Tetapi Li Huizhen tidak melepaskan impiannya dalam bidang muzik. Pada awal tahun ini, beliau menandatangani kontrak dengan Syarikat Rakaman Saudara Huayi dan kembali ke kamar rakaman.

Dari lagu yang bertajuk "Menunggu" hingga lagu yang bertajuk "Mencair Li Huizhen", cara nyanyian Li Huizhen telah berubah. Sekarang beliau lebih menyukai gaya muzik yang sederhana. Berikunya silalah nikmati lagu berirama Rock yang bertajuk "My Way".

Dalam album terbarunya Li Huizhen mahir mengawal perasaannya dan mengubah suara. Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Berjalan ke Tempat yang Jauh".

Terdapat beberapa lagu dalam album terbaru itu seperti pengalaman kehidupan Li Huizhen yang memperlihatkan perasaannya yang tersendiri. Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Daya Gaib Biru". Lagu itu menggambarkan perasan perempuan yang jatuh cinta.

Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Dunhuang Keinginan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |