v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gembiralah pada Musim Sejuk

2007-01-23 17:40:18 CRI

Peristiwa yang menarik perhatian secara meluas di Tanah Besar China pada tahun 2005 ialah pertandingan pemilihan "Suara Wanita" yang diadakan oleh Stesen TV Hunan. Aktiviti itu ialah arena bagi gadis yang suka menyanyi dan juga merupakan pentas bagi orang biasa yang menggemari muzik dan menikmati kegembiraan. Li Yuchun yang sedang belajar di Konservatori Muzik Sichuan juga telah menyertai aktiviti tersebut. Beliau mempunyai ciri kelelakian. Suara mezzo-soprano dan tarian Amerika Latin telah menarik perhatian penonton. Melalui pertandingan selama hampir setengah tahun, Li Yuchun telah memperoleh tempat pertama dalam pertandingan "Suara Wanita" dengan undi yang paling banyak. Selepas itu, beliau memasuki arena lagu dan melancarkan dua lagu yang bertajuk "Gembiralah pada Musim Sejuk" dan "Give Me Five".

Seterusnya marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Gembiralah pada Musim Sejuk" yang dinyanyikan oleh Li Yuchun.

Tidak lama selepas melancarkan dua lagu, Li Yuchun melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Ratu dan Impian". Album itu diterbitkan dengan teliti. Irama lagu dalam album itu juga pelbagai jenis. Berikutnya silalah nikmati satu lagu daripada album itu yang bertajuk "Happy Wake Up". Irama Rock yang popular itu menggambarkan sikap pemuda yang optimis.

Pada tahun lalu, Tang Zixing diminati ramai dalam arena lagu kerana berlakon sebagai pemegang watak pelakon lelaki utama dalam drama muzikal yang bertajuk "Pasir Emas". Suaranya yang istimewa telah menarik perhatian yang meluas daripada pemuzik dan pendengar. Pada April tahun ini, Tang Zixing akan melancarkan lagu barunya yang bertajuk "Mula Terfikir akan Kebaikanmu". Seterusnya silalah nikmati lagu itu.

Chen Lin merupakan biduanita mempunyai kebolehan yang hebat dalam menanyikan sesebuah lagu. Lagu nyanyiannya diminati ramai. Pada tahun 2001, beliau melancarkan album kelimanya yang bertajuk "Cintamu". Berikutnya marilah kita nikmati lagu utama album itu yang bertajuk "Cintamu".

Fu Disheng dan Ren Jing merupakan pasangan suami isteri dalam arena lagu Tanah Besar China. Mereka bukan sahaja merupakan pasangan dalam lagu, tetapi juga ialah suami isteri yang berbahagia. "Kekasihku yang Mengenaliku" ialah lagunya yang paling terkenal. Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu itu bersama-sama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |