v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ai Erken dan Lagu-lagunya

2007-01-30 10:37:33 CRI

 Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan penyanyi yang juga pencipta lagu etnik Uygur Xinjiang China Ai Erken dan lagu-lagunya.

Ai Erken dilahirkan di satu keluarga pengajar Xinjiang di bahagian barat China. Beliau telah belajar memainkan gitar sejak kecil. Pada tahun 1999, beliau tamat dari Universiti Etnik Pusat China dan menjadi pemuzik profesional dengan wajahnya yang tampan, suara nyanyiannya yang merdu serta ketrampilannya memainkan gitar. Kemudian beliau juga menubuhkan kumpulan muzik sendiri.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama filem klasik yang bertajuk "Kenapa Bunga Begitu Merah?".

Ai Erken mahir menyanyikan lagu, memainkan alat muzik dan mencipta lagu. Beliau telah mempelajari pemainan gitar dan telah membina gayanya tersendiri. Beliau juga menggabungkan ketrampilan pemainan muzik etnik dengan Flamenco Spanyol dan Latin Amerika serta banyak undur muzik yang lain supaya pemainannya tidak sahaja mempunyai ciri-ciri tersendiri, tetapi juga bersesuaian dengan aliran muzik antarabangsa.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Balang Zai". "Balang Zai" ialah sebutan orang Xinjiang terhadap teruna.

Sejak tahun 2004 hingga kini, Ai Erken telah melancarkan tiga album yang bertajuk "Dao Lang yang ke Luar dari Padang Pasir", "1001 Malam" dan "Malam di Bandar". Seterusnya silalah nikmati lagu yang bertajuk "Malam di Bandar".

Berikutny kami hidangkan lagu nyanyian Ai Erken yang bertajuk "Tidak Dapat Buat Apa-apa". Suara nyanyiannya yang amat menyedihkan telah menghimbau kekasihnya kembali ke pangkuannya.

Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Pantai yang Lain".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |