v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Sekaki Payung" dan Lain-Lain

2007-02-06 10:51:31 CRI

Kumpulan penyanyi Kelab 183 terdiri daripada lima orang lelaki yang tampan dari Taiwan. Mereka menjadi sangat popular kerana telah berlakon dalam drama bersiri TV yang bertajuk "Putera Menjadi Katak" pada tahun 2005. Selepas itu, mereka telah melancarkan tiga buah album runut bunyi lagu tema drama bersiri TV yang bertajuk "Baju Pengantin dari Syurga", "Putera Menjadi Katak" dan "Ahli Sihir Cinta". Ketiga-tiga album tersebut amat laris di Taiwan. Tidak lama dahulu, kumpulan penyanyi ini telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Kelab 183". Lagu-lagu dalam album itu melibatkan pelbagai irama termasuk R&B, romantis, Hip-Hop dan lain-lain. Lagu "Sekaki Payung" merupakan lagu utama album itu. Lagu ini menggambarkan ketabahan pasangan kekasih dalam mempertahankan percintaan.

Fish Leong yang digelar sebagai "Ratu Lagu Cinta" terkenal dengan suara merdunya. "Lagu cinta" yang dinyanyikannya sentiasa boleh menimbulkan reaksi yang hebat daripada para pendengar. Pada September yang lalu, Fish Leong telah melancarkan album baru yang bertajuk "Laluan Sutera". Lagu utama album itu yang bertajuk "Laluan Sutera" justeru merupakan sebuah "lagu cinta gaya Leong". Irama lagu ini penuh dengan ciri-ciri timur dan lirik lagu ini juga amat menarik.

"Raja Hip-Hop" dari Taiwan, Pan Wilber telah melancarkan album baru yang bertajuk "Terbalikkan Bumi" pada Jun yang lalu. Lagu utama dalam album ini yang bertajuk "Ibu Ingin Memahamimu" ialah sebuah lagu antifon. Lagu ini berkisarkan percintaan dan masalah tentang jurang generasi antara ibu dengan anak.

Valen Hsu ialah seorang penyanyi yang amat popular pada tahun 1990-an. Beliau diminati ramai kerana suaranya amat lembut dan mempesonakan. Pada tahun 1996, Valen Hsu telah melancarkan album yang bertajuk "Jika Awan Tahu". Dengan album ini, beliau telah memenangi gelaran sebagai "Suara Paling Merdu di Asia".

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Sekaki Payung"

II "Laluan Sutera"

III "Ibu Ingin Memahamimu"

IV "Jika Awan Tahu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |