Lagu "Cinta di Bandar" merupakan lagu utama album pertama Yuan Jiale. Lagu ini menggambarkan perasaan keliru golongan yang tinggal di bandar dan dihimpit kesibukan kerja seharian terhadap cinta.
Yuan Jiale dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana di bandar Changsha, Provinsi Hunan China. Ketika berumur 18 tahun, beliau telah diterima oleh Universiti Etnik-Etnik Pusat China melalui peperiksaan untuk mempelajari tarian etnik di sana. Kemudian beliau telah menerima latihan dalam bidang tarian, nyanyian, lakonan dan lain-lain di A.S..
Pada tahun 2005, Yuan Jiale memutuskan untuk kembali ke tanah airnya dan memulakan kerjayanya di arena hiburan di China. Pada penghujung tahun 2006, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Cinta di Bandar". Album ini diusahakan bersama pemuzik terkenal dari Republik Korea dan Tanah Besar China. Lagu-lagu dalam album ini mengandungi banyak unsur muzik pop seperti R&B, Rap, muzik tarian elektronik dan sebagainya.
Lagu "Stail Bebas" yang berirama R&B dan Rap ini mencerminkan kedahagaan golongan yang tinggal di bandar terhadap kebebasan.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, lagu yang berirama R&B dan Rap telah menjadi arah aliran utama di arena lagu sejagat. Ramai orang mula mencipta lagu tersebut untuk tujuan komersial. Walau bagaimanapun Yuan Jiale yang pandai mencipta lagu berirama R&B dan Rap lebih mementingkan irama, tetapi tidak mementingkan unsur komersial, maka ciptaannya amat mempesonakan.
Lagu "Menunggumu Selama-lamanya" menggambarkan perasaan seseorang setelah mengalami cinta pada pandang pertama.
Yuan Jiale juga bijak menggabungkan unsur muzik R&B dan Rap yang berasal dari A.S. dengan unsur muzik tempatan China. Lagu "Kau Juga Mencintaiku" justeru merupakan hasil usaha Yuan Jiale tersebut. Gaya R&B dan unsur muzik tradisional dari kawasan selatan China kedengaran disepadukan dalam lagu ini.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Cinta di Bandar"
II "Stail Bebas"
III "Menunggumu Selama-lamanya"
IV "Kau Juga Mencintaiku".
|