Pertandingan nyanyian "Super Girls" yang dianjurkan oleh Stesen TV Hunan China pada tahun 2005 telah membolehkan impian ramai gadis yang berminat akan nyanyian menjadi nyata. Zhou Bichang yang menjadi naib johan dalam pertandingan itu justeru merupakan salah seorang daripada mereka. Dia telah menawan hati ramai peminat dengan wajahnya yang comel, gaya persembahannya yang tersendiri dan teknik kawalan suaranya yang mantap. Lagu "Swan" merupakan nyanyian pertama Zhou Bichang selepas dia memasuki arena seni suara. Menurut Zhou Bichang, lagu ini merupakan satu hadiah kepada peminatnya kerana tanpa sokongan mereka, dia mustahil dapat menjadi "seekor swan" yang disukai ramai daripada "seokor anak itik yang hodoh".
Pada Ogos tahun 2006, Zhou Bichang telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Siapa Yang Sentuh Taliku". Album ini diusahakan bersama oleh pemuzik terkenal dari China dan Republik Korea. Seterusnya silalah nikmati lagu utama album itu yang bertajuk "Siapa Yang Sentuh Taliku". Lagu pop yang penuh dengan ciri-ciri klasik ini berkisarkan tentang hati seorang gadis yang mula bergetar selepas jatuh cinta.
Xu Wei merupakan seorang penyanyi yang amat berpotensi di arena lagu China. Pada tahun 1997, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Di Tempat Lain". Album itu telah menimbulkan reaksi yang hebat daripada arena lagu China. Lagu dalam album itu termasuklah "Bandar Yang Dirinduiku", "Musim Gugurku" dan "Dua Hari" telah menjadi contoh lagu cinta yang cemerlang pada masa itu. Lagu "Musim Gugurku" menggambarkan kesepian dan perasaan kosong penyanyi ini pada waktu malam.
Kumpulan penyanyi "Shuimunianhua" menjadi kumpulan yang popular dengan lagu-lagu kampus seperti "Kau dalam Jiwaku", "Di Bandar Lain" dan sebagainya. Lagu tersebut mencerminkan kecintaan mereka terhadap kehidupan dan keinginan mereka terhadap cinta. Lagu "Kau dalam Jiwaku" menggambarkan ketabahan golongan pemuda dalam mempertahankan percintaan.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Swan
II "Siapa Yang Sentuh Taliku"
III "Musim Gugurku"
IV "Kau dalam Jiwaku"
|