v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jiao Zi---Makanan yang Mesti Disediakan Semasa Menyambut Tahun Baru China

2007-02-27 15:23:13 CRI

Di kebanyakan kawasan di China, "Jiaozi" merupakan makanan yang mesti disediakan semasa menyambut Tahun Baru China. "Jiaozi" ialah sejenis makanan berinti yang berbentuk bulan sabit yang dibuat daripada tepung gandum. Sebelum dimakan, "Jiaozi" mesti direbus terlebih dahulu. Oleh sebab bentuknya serupa dengan mata wang pada zaman purba China. Jadi, menurut kepercayaan rakyat China, "Jiaozi" melambangkan kekayaan. Disebabkan "Jiaozi" dibuat dengan kaedah memasukkan inti di dalam doh, maka ini juga melambangkan kesatuan bagi rakyat China. Oleh itu, tradisi makan "Jiaozi" sempena Tahun Baru China memperlihatkan harapan yang baik orang ramai kepada kesatuan dan kekayaan.

Mengikut adat resam rakyat China, proses membuat "Jiaozi" iaitu bermula dari menguli tepung hingga cara memakannya, ada peraturan tertentu. Inti "Jiaozi" bermacam-macam jenis, ada yang dibuat daripada sayur sahaja dan ada juga yang dibuat daripada sayur bercampur daging. Oleh sebab sebutan bagi perkataan "sayur" lebih kurang sama dengan "kekayaan" dalam bahasa Mandarin, jadi, penduduk China biasanya membuat banyak "Jiaozi" pada malam menjelang ketibaan Tahun Baru China untuk mendoakan kehidupan agar penuh dengan kekayaan pada tahun yang akan datang.

Terdapat satu perkara yang menarik di sebalik tradisi makan "Jiaozi". Walaupun bentuk "Jiaozi" serupa, tapi intinya adalah tidak sama. Kononnya, sesiapa yang mendapat "Jiaozi" yang intinya ialah kurma, dia akan bernasib baik dalam hubungan dengan kekasihnya. Jika sesiapa mendapat "Jiaozi" yang intinya ialah duit syiling, dia akan memperoleh kekayaan pada tahun yang akan datang.

Walau bagaimanapun, makan "Jiaozi" telah menjadi tradisi kebudayaan rakyat China. Bagi orang China, seluruh ahli keluarga berkumpul dan bersama-sama membuat "Jiaozi" dalam suasana yang cukup mesra pada hari terakhir dalam setahun, itulah gambaran yang sangat meriah dan mengharukan.

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |