v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Magu Hu, alat Muzik Etnik Minoriti Zhuang China

2007-02-15 14:48:45 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan alat muzik etnik minoriti China iaitu Magu Hu. Terlebih dahulu, marilah kita nikmati irama lagu yang dimainkan dengan alat muzik Magu Hu.

Magu Hu ialah alat muzik tradisional masyarakat etnik minoriti Zhuang. Alat muzik ini sangat popular di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di barat daya China dan telah bersejarah lebih 200 tahun.

Dikisahkan secara turun-temurun bahawa pada masa dahulu kala, Raja Naga Laut suka makan sejenis kijang yang disebut "Jing" oleh rakyat etnik Zhuang. Terdapat seorang penduduk etnik Zhuang yang bernama Lie Lang. Beliau bertanggungjawab terhadap penangkapan "Jing" itu. Untuk itu, Raja Naga Laut memberi seekor kuda kepadanya. Akan tetapi, Lie Lang kebetulan telah bertembung dengan seekor raksasa. Dalam proses pergelutan dengan raksasa itu, kudanya itu jatuh pinsang kerana kakinya tercedera. Lie Lang menangis selama 9 hari dan 9 malam kerana terlalu sedih, kemudiannya dia tertidur.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi ialah irama lagu yang dimainkan dengan alat muzik Magu Hu yang bertajuk "Lagu Impian Sungai Merah". Saudara pendengar, saya akan meneruskan kisah tersebut.

Selepas tertidur, Lie Lang bermimpi bahawa Raja Naga Laut memberitahunya satu cara untuk mengubat dan membangunkan kudanya. Maka, beliau menggunakan tulang kaki kuda yang patah itu untuk membuat alat muzik Magu Hu yang pertama dalam sejarah etnik Zhuang. Kemudian Lie Lang memainkan Magu Hu itu selama 81 hari. Akhirnya, bunyi alat muzik yang merdu itu telah berjaya membangunkan kudanya. Bahkan kaki kuda yang cedera itu juga telah sembuh.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati irama lagu yang dimainkan dengan Magu Hu yang bertajuk "Lagu Gembira".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |