v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Selamat Tahun Baru China

2007-02-22 15:02:33 CRI

Saudara pendengar, selamat Tahun Baru China dan selamat bertemu lagi dalam ruangan "Irama Klasik". Saya Kesuma, penyiar setia anda. Hari ini merupakan hari raya tradisional China iaitu Tahun Baru China. Bagi setiap orang China, hari ini merupakan hari raya yang dirayakan paling meriah pada tahun ini. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu rakyat yang menggambarkan adat istiadat Tahun Baru China kepada saudara pendengar.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu rakyat Shaanxi Utara China yang bertajuk, "Menggantungkan Tanglung Merah". Lagu yang berirama merdu itu menggambarkan adat istiadat orang ramai di desa bahagian utara China menggantungkan tanglung merah sempena Tahun Baru China.

Tahun Baru China merupakan hari yang pertama menurut kalendar China. Tahun Baru China juga disebut "Nian" di masyarakat. Dalam semua hari raya tradisional China, Tahun Baru China diutamakan oleh rakyat, maka pelbagai jenis aktiviti perayaan diadakan di pelbagai tempat di China. Dengan itu, banyak adat istiadat diturunkan hingga kini. Mengucapkan selamat Tahun Baru China ialah salah satu aktiviti yang penting dan ucapan ini adalah salah satu cara orang ramai untuk menyambut tahun baru dan saling menyampaikan harapan. Pemuda biasanya mengucapkan selamat Tahun Baru China dan sihat walafiat kepada orang tua. Berikutnya silalah nikmati lagu yang bertajuk, "Mengucapkan Selamat Tahun Baru China".

Seterusnya marilah kita nikmati lagu rakyat Shanxi yang bertajuk "Menonton Persembahan Tarian Yangko". Lagu tersebut menggambarkan kakak dan adik perempuan bersama-sama menonton persembahan tarian Yangko, salah satu tarian rakyat yang popular di desa China.

Berikutnya marilah kita nikmati lagu rakyat Shaanxi Utara yang bertajuk "Pao Hanchuan". "Pao Hanchuan" ialah salah satu bentuk lagu rakyat yang menyanyi sambil menari. Lagu itu menggambarkan perasaan gembira orang ramai sempena Tahun Baru China. 

Tarikh 15 bulan satu menurut kalendar China ialah Hari Raya Capgome. Pada hari itu, rakyat China akan makan onde-onde, sejenis makanan yang bersimbolkan kehidupan yang bahagia. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Shanxi yang bertajuk "Perayaan Capgome" dan merasai suasana yang riang gembira pada Hari Raya Capgome.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |