v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Magu Hu

2007-03-01 11:40:40 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan terus memperkenalkan alat muzik etnik minoriti China iaitu Magu Hu. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk, "Pagi Musim Bunga di Kampung Etnik Zhuang".

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Pagi Musim Bunga di Kampung Etnik Zhuang". Dalam ruangan sebelum ini, saya telah perkenalkan Magu Hu sebagai alat muzik tradisional masyarakat yang popular di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China dan telah bersejarah lebih 200 tahun.

Tabung alat muzik Magu Hu yang tradisonal dibuat daripada tulang kaki kuda, berbentuk elips dan ditutup dengan kulit ular, ikan atau katak; tangkai Magu Hu dibuat daripada sejenis kayu merah. Di bahagian atasnya dihiaskan dengan pola atau kepala kuda. Berikutnya marilah kita nikmati satu irama lagu yang dimainkan dengan Magu Hu itu yang bertajuk "Genta Kuda Berbunyi di Gunung".

Irama lagu yang saudara nikmati tadi ialah "Genta Kuda Berbunyi di Gunung" yang dimainkan dengan Magu Hu. Bunyi alat muzik itu sangat merdu. Di masyarakat etnik Zhuang terdapat satu cara permainan alat muzik rakyat yang disebut "Kumpulan Pemainan Lapan Jenis Alat Muzik". Cara pemainan tersebut melibatkan 8 jenis alat muzik iaitu Magu Hu, San Xian, gong, dram dan lain-lain. Antaranya, Magu Hu merupakan alat muzik yang paling utama.

Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan, seni pembuatan dan ketrampilan pemainan Magu Hu telah meningkat. Dengan pembaharuan yang dilaksanakan terhadap Magu Hu, tabungnya telah dibuat daripada tulang kaki kuda atau lembu yang diternakkan di Mongolia Dalam di utara China. Selain itu, melalui pembaharuan, bunyi yang dapat dimainkan dengan Magu Hu itu telah diperluas.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita bersama-sama nikmati irama lagu yang bertajuk "Penduduk Etnik Zhuang yang Gembira".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |