v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Fan Weiqi dan Album Barunya

2007-03-06 09:38:36 CRI

Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dari Taiwan China iaitu Fan Weiqi atau Fan Fan telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Hari Peringatan Kita".

Lagu "Biarkan Kami Bebas" berkisar tentang seorang gadis yang ingin membebaskan dirinya daripada belenggu cinta setelah kekasihnya tidak mencintainya lagi.

Fan Weiqi pernah bekerja sebagai seorang peragawati. Berkat kecintaannya terhadap seni muzik, beliau telah meninggalkan pentas peragaan untuk memasuki arena seni suara pada enam tahun yang lalu. Kini ramai rakannya telah menjadi supermodel, tetapi beliau tidak pernah menyesal atas pemilihannya pada masa itu. Sejak memasuki arena seni suara, Fan Weiqi telah melancarkan enam buah album. Suaranya telah mengharukan perasaan ramai peminat.

Melalui lagu "Hari Peringatan Kita", beliau mempelawa para peminatnya untuk mengimbas kembali kemanisan cinta yang pernah dialaminya.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Fan Weiqi amat sibuk dengan kerja. Selain berlakon dalam sebuah drama bersiri TV, beliau juga mengadakan persembahan jerayawara di Asia Tenggara dan Tanah Besar China. Pada waktu lapang, beliau mempelbagaikan aktiviti sehariannya dengan mempelajari lukisan dan mencipta lagu. Dalam album baru Fan Weiqi itu, sebuah lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk "Hitam dan Putih" telah menyatakan sikapnya terhadap cinta.

Untuk mempromosikan album baru, Fan Weiqi telah mengubah imejnya yang sebelum ini sentiasa berpakaian sederhana, tetapi kini mula bertukar kepada pakaian skirt les berwarna putih. Imej itu telah mempesonakan mata para peminatnya.

Lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan yang bertajuk "One of us is like summer, one like autumn" berkisar tentang persahabatan yang tulus ikhlas antara teman-teman.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Biarkan Kami Bebas"

II "Biarkan Kami Bebas"

III "Hitam dan Putih"

IV "One of us is like summer, one like autumn"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |