v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seruling Labu Air

2007-03-08 16:50:29 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan seruling labu air, sejenis alat muzik etnik moniriti China. Terlebih dahulu, marilah kita nikmati satu irama lagu yang dimainkan dengan seruling labu air dan merasai keterpesonaan kesenian alat muzik yang istimewa itu.

Irama lagu air yang saudara nikmati tadi ialah "Burung Merak di Pantai Tasik".

Seruling labu menjadi popular di kalangan etnik minoriti Yunnan di barat daya China seperti etnik-etnik Dai, Achang, Va dan Blang dan mempunyai ciri-ciri tempatan. Seruling labu air mempunyai sejarah panjang. Alat muzik tersebut berasal pada masa tahun 221 sebelum masihi. Seruling labu air sekarang tetap mengekalkan ciri-ciri sebagai alat muzik pada masa kuno dalam strukturnya. Bentuk seruling labu air adalah istimewa. Ia dibuat daripada sebuah labu air yang sempurna, ditambah lagi tiga tabung bambu dan tiga bahan logam.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Berada Dalam Hutan Bambu" yang dimainkan dengan alat muzik seruling labu air. Irama lagu tersebut menggambarkan kehidupan gembira, sentosa dan bahagia etnik Dai. Bersama dengan alat muzik seruling yang lain, bunyi seruling labu air tidak begitu nyaring, akan tetapi bunyi yang dimainkan dengan alat muzik itu sangat merdu. Disebabkan jurang perbezaan etnik dan kawasan, bentuk dan cara permainan seruling labu air di pelbagai etnik minoriti juga berbeza-beza. Akan tetapi, yang menjadi suatu persamaan adalah seruling labu air sering dimainkan dalam irama lagu rakyat, terutamanya dimainkan dalam irama lagu yang lembut dan lancar kerana alat muzik tersebut dapat mengutarakan perasaan peniupnya dengan baik. Seterusnya silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Lagu Cinta Etnik Dai" yang dimainkan dengan seruling labu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |