v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Ye Pei dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-03-13 09:33:35 CRI

Lagu "No Regrets about Youth" yang dinyanyikan oleh Ye Pei dan Lao Lang merupakan sebuah lagu kampus. Lagu ini menggambarkan perasaan golongan pemuda yang penuh tulus ikhlas dan tidak menyesal atas apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Ye Pei boleh dikatakan sebagai seorang penyanyi yang amat bertuah kerana proses kemasukannya ke arena seni suara berlaku dengan lancar. Pada tahun 1994 ketika masih belajar di Konservatori Muzik China, Ye Pei telah dipilih oleh seorang pemuzik yang terkenal di China iaitu Gao Xiaosong untuk menyanyikan lagu antifon "No Regrets about Youth". Teknik kawalan suaranya yang mantap telah mendapat sanjungan yang tinggi daripada dunia seni suara China. Tidak lama selepas itu, Ye Pei telah melancarkan lagu single pertamanya yang bertajuk "Selepas Hujan". Beliau telah menawan hati ramai peminat dengan suaranya yang lembut dan murni. Lagu "Selepas Hujan" menceritakan tentang kebingungan dan kedahagaan golongan pemuda terhadap hidup dan cinta.

Pada tahun 1997, Ye Pei telah melancarkan album pertama yang bertajuk "The Age of Innocence". Lagu-lagu dalam album itu berkisar tentang pengalaman golongan siswa dalam mencari cinta yang suci. Dengan album itu, Ye Pei telah berjaya menjadi salah seorang tokoh cemerlang dalam arena lagu kampus China.

Pada tahun 2001, Ye Pei telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Fish In Love". Lagu-lagu ciptaannya sendiri dalam album itu yang termasuk "Kekasih", "Fish In Love", "Biru" dan lain-lain telah memperlihatkan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu.

Pada tahun 2004, Ye Pei telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Punca Kebahagiaan". Dalam album itu, Ye Pei telah mengalihkan perhatiannya ke luar kampus. Di samping itu, beliau juga telah mengubah imejnya yang sebelum ini sentiasa berpakaian sederhana, tetapi kini mula bertukar kepada pakaian fesyen wanita matang.

Dalam lagu "Fish In Love", Ye Pei mengibaratkan kekasih di kampus sebagai sepasang ikan yang saling menemani. Lagu ini menggambarkan cinta suci yang dialami mereka.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "No Regrets about Youth"

II "Selepas Hujan"

III "Bunga Dandelion"

IV "Fish In Love"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |