v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Baru Dai Rao Yang Bertajuk "Mekar"

2007-03-20 10:19:58 CRI

Perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga merupakan satu tradisi yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi di China. Lagu "Cahaya Bulan dalam Hatiku" telah menggambarkan kerinduan seseorang terhadap ahli keluarganya kerana terpaksa brjauhan untuk mencari rezeki.

Penyanyi Dai Rao amat popular di China kerana telah menyanyikan banyak lagu utama drama bersiri TV. Imejnya yang penuh dengan ciri-ciri klasik dan suaranya yang lembut telah menyerikan drama bersiri TV tersebut. "Mekar" merupakan album ke-4 Dai Rao. Dalam album itu, beliau mula mencuba untuk menyanyikan lagu-lagu yang melibatkan pelbagai irama. Dalam lagu "Bunga Tanpa Warna" yang dinyanyikan oleh Dai Rao, mereka yang ditinggalkan oleh kekasih diibaratkan sebagai bunga-bunga yang kehilangan warna. Unsur muzik tradisional dan irama R&B kedengaran telah disepadukan dalam lagu ini.

Dai Rao amat berminat akan muzik berirama rock gaya Britain. Berkat minatnya itu, beliau telah sejak dahulu mempunyai hasrat untuk mencari sekumpulan pancaragam yang pandai mencipta lagu berirama rock gaya Britain agar dapat mencipta sebuah lagu bagi beliau. Hasratnya itu telah tercapai dengan lagu "Sense of Direction" yang dicipta oleh pemuzik-pemuzik daripada Studio Muzik HS2, sebuah studio muzik yang terkenal di China. Lagu yang diiringi dengan gitar elektrik dan dram itu telah membuahkan rasa gerak hati untuk merentasi kegelapan malam bagi mengejar kebebasan. Teknik kawalan suara Dai Rao yang mantap juga telah diperlihatkan dalam lagu itu.

Dalam album baru "Mekar", suara Dai Rao tetap amat manis. Lagu "Mekar" merupakan lagu utama album itu. Irama lagu itu amat mudah untuk diikuti. Lagu itu menceritakan tentang satu percintaan suci yang berlaku pada musim panas.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Cahaya Bulan dalam Hatiku"

II "Bunga Tanpa Warna"

III "Hitam dan Putih"

IV "Mekar"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |