v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Bye Bye! Mozart" dan Lain-Lain

2007-03-27 10:34:24 CRI

Kini, ramai penyanyi yang pandai mencipta lagu telah mencipta banyak lagu yang sungguh mengharukan berdasarkan kefahaman mereka terhadap kehidupan. Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan beberapa orang penyanyi yang pandai mencipta lagu di Tanah Besar China dan lagu-lagu ciptaan mereka.

Pancaragam "Cake Bomb" merupakan salah satu pancaragam rock yang paling aktif di arena lagu pop China. Ahli-ahli pancaragam itu berasal daripada Fakulti Muzik Moden Konservatori Muzik Tianjin. Sejak pembentukannya pada tahun 2003, mereka telah mewujudkan ciri-cirinya yang istimewa. Lagu-lagu ciptaan mereka yang termasuk "Senyum Paksa", "Just All Right", "Ikuti Saya" dan lain-lain telah mencerminkan pemikiran golongan pemuda, maka lagu tersebut amat diminati oleh golongan muda-mudi. Lagu "Bye Bye! Mozart" telah menggambarkan kedahagaan para pelajar dalam memilih minat dan gaya hidup sendiri secara bebas.

Penyanyi Ai Jing merupakan salah seorang penyanyi yang paling pandai mencipta lagu di arena lagu China. Beliau telah menawan hati ramai peminat dengan lirik lagu ciptaannya yang prosanya indah, irama ciptaannya yang mudah untuk diikuti, teknik kawalan suaranya yang mantap serta imejnya yang mesra rakyat. Pada tahun 1992, Ai Jing telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Tahun 1997ku". Lagu utama album itu yang bertajuk "Tahun 1997ku" ialah sebuah lagu yang dicipta berdasarkan pengalamannya sebelum memasuki arena seni suara. Lagu itu telah menggambarkan keinginan golongan pemuda pada zaman itu untuk mengejar arus percintaan.

Pada beberapa tahun yang lalu, Xu Wei mula dikenali oleh peminatnya dengan sebuah lagu yang bertajuk "Burung Hijau". Berkat minatnya terhadap seni muzik, Xu Wei sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk menjadi seorang penyanyi yang unggul. Kini, beliau telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang penciptaan lagu. Lagu "The One In That Time, Called You" merupakan sebuah lagu peringatan masa muda. Lagu ini telah menggambarkan perasaan penyanyi yang tidak menyesal atas apa yang telah dilakukannya pada masa mudanya.

Penyanyi Ding Wei ialah seorang lulusan daripada Konservatori Muzik Shanghai. Pada tahun 1994, beliau mula dikenali oleh peminatnya dengan sebuah lagu yang bertajuk "Kakitangan Pejabat". Lagu itu telah menggambarkan keadaan kehidupan kalangan kakitangan pejabat.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Bye Bye! Mozart"

II "Tahun 1997ku"

III "The One In That Time, Called You"

IV "Kakitangan Pejabat"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |