v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seruling Labu Air II

2007-03-15 12:25:08 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan seruling labu air, sejenis alat muzik etnik moniriti China. Terlebih dahulu, marilah kita menikmati satu irama lagu yang dimainkan dengan seruling labu air.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk, "Lagu Cinta di Loteng Hiasan Bunga".

Dalam ruangan sebelum ini, saya telah perkenalkan seruling labu air. Alat muzik tersebut sangat popular dalam kalangan etnik Dai dan Achang di barat daya China. Tentang alat muzik tersebut, terdapat sebuah legenda dalam kalangan rakyat yang berbunyi bahawa pada masa dahulu kala, terdapat seorang teruna etnik Dai berbelanja di pasar. Dia terdengar suara penjaja yang berbunyi "Belilah labu airku. Labu airku manis sekali". Teruna itu melihat penjual labu air itu ialah seorang gadis jelita. Maka, dia membeli sebuah labu air dan memasaknya. Rasa labu air itu manis sekali. Selepas itu, teruna tersebut sering kali membeli labu air daripada gadis itu. Dengan demikian, teruna itu semakin hari semakin mengenal gadis itu. Pada suatu hari, tas undangan gadis itu, teruna itu berkunjung ke taman tumbuh-tumbuhan gadis itu. Dia membawa sebuah labu air kering dan membuatnya sebagai seruling labu air, kemudian meniup irama lagu yang merdu dan mengutarakan rasa cintanya kepada gadis itu. Kemudian, mereka berdua menjadi suami isteri dan hidup dengan bahagia. Pada masa itu, kaum teruna dan gadis etnik Dai biasanya mengutarakan perasaan mereka melalui seruling labu air. Selain itu, seruling labu air juga digunakan oleh etnik Yi semasa berhibur.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Buluh Tumbuh di Bawah Sinar Bulan".

Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, pemuzik rakyat China telah membaiki seruling labu air. Alat muzik yang baru itu bukan sahaja mengekalkan irama lagu yang tradisional, tetapi juga diperluas keupayaan jarak suara. Pada masa itu, sebagai alat muzik etnik minoriti China, seruling labu air menampilkan diri ke arena kesenian dunia seiring dengan lawatan pemuzik China ke pelbagai negara lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |