v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Yang Xuejin dan Lagu Rakyat Nyanyiannya

2007-03-22 15:13:03 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita China Yang Xuejin. Terlebih dahulu, silalah nikmati lagu rakyat Guangxi di barat daya China yang bertajuk "Terdapat Batu Ikan Kap di Liuzhou". Lagu tersebut ialah lagu rakyat etnik Han di Guangxi dan menggambarkan pemandangan indah di Gunung Ikan di Liuzhou.

Yang Xuejin dilahirkan di Yunnan, barat daya China. Baliau ialah gadis etnik Yi dan mempunyai nama yang merdu iaitu "A Yi Xin" yang bermakna "gadis yang pandai menyanyi". Yang Xunjin tumbuh dewasa dalam suasana nyanyian dan tarian etnik minoriti Yunnan, maka nyanyiannya mempunyai ciri-ciri tempatan Yunnan yang ketara. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu nyanyiannya yang bertajuk "Sungai Kecil Mengalir".

Suara Yan Xujin sangat merdu, keupayaan jarak suaranya sangat luas. Beliau menarik cara nyanyian barat dan memperkaya seni suara rakyat China. Seterusnya marilah kita nikmati lagu rakyat Taiwan China yang bertajuk "Gadis Etnik Gaoshan".

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Yan Xujin sering kali bekerjasama dengan Orkes Simfoni China dan Kumpulan Muzik Filem China dan mengadakan lebih 30 kali konsert solo di Beijing, Hong Kong dan tempat yang lain. Selain itu, beliau juga berkunjung ke A.S., Spanyol, Perancis dan Singpura atas undangan dan mendapat sambutan baik daripada penonton. Sebagai hidangan terakhir, silalah nikmati lagu rakyat Jiangsu yang bertajuk "Bunga Melati".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |