v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Lagu Cinta Untuk Diriku" dan Lain-Lain

2007-04-03 13:47:54 CRI

Tidak lama dahulu, penyanyi dari Hong Kong, Gigi Leung telah melancarkan album baru yang bertajuk "Lagu Cinta Untuk Diriku". Album itu dicipta dengan usaha sama pemuzik-pemuzik yang terkenal di arena seni suara China, antaranya termasuk Peter Lee, Jay Chou dan lain-lain. Lagu-lagu dalam album itu berkisar tentang beberapa cerita cinta yang sentimental dan telah menggambarkan kemurungan, keserbasalahan, keterpaksaan dan kesunyian golongan yang tinggal di bandar. Lagu-lagu tersebut telah mengharukan hati ramai peminat.

Lagu "Lagu Cinta Untuk Diriku" telah menggambarkan kedahagaan setiap orang gadis biasa terhadap cinta serta kekecewaan selepas harapan mereka hancur. Dengan lagu ini, Gigi menggalakkan semua orang yang mengalami kekecewaan dalam bercinta agar mewujudkan keyakinan diri dan harapan yang baru.

Sebuah lagu lain dalam album baru Gigi yang bertajuk "Kini, Kusedari Cinta Itu Benar-Benar Menyakitkan" telah menggambarkan kelukaan mereka yang ditinggalkan oleh kekasih.

Penyanyi yang terkenal dari Taiwan, Wu Chi Hsien merupakan salah seorang penyanyi lagu cinta yang paling cemerlang di China. Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu selepas memasuki arena seni suara, beliau telah melancarkan 40 buah album dan mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia. Akan tetapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain kerap menyertai pelbagai acara hiburan televisyen, beliau sudah lama tidak melancarkan lagu baru. Tidak lama selepas itu, Wu Chi Hsien telah memberikan sebuah hadiah mengejut kepada peminatnya dengan lagu terkininya yang bertajuk "Aku Cinta Padamu". Lagu itu telah mendalami makna tentang konsep cinta.

Pada empat tahun yang lalu, penyanyi dari Taiwan, A Sun mula dikenali oleh peminatnya dengan sebuah lagu cinta yang bertajuk "Daun". Lagu itu telah mencerminkan kekosongan hati golongan yang tinggal di bandar selepas mengalami kegagalan dalam percintaan. Suara nyanyiannya yang penuh dengan perasaan sepi dan pilu itu telah membuatkan ramai peminatnya menitiskan air mata.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Lagu Cinta Untuk Diriku"

II "Kini, Kusedari Cinta Itu Benar-Benar Menyakitkan"

III "Aku Cinta Padamu"

IV "Daun"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |