v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Man Jiang dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-04-10 11:15:25 CRI

Lagu "Tak Rela Kaupergi" ialah lagu pertama Man Jiang sejak beliau memasuki arena seni suara China pada tahun 1998. Man Jiang telah menciptakan lagu itu sebagai sebuah hadiah kepada neneknya yang sudah meninggal dunia. Lagu yang penuh dengan kepiluan ini telah menggambarkan kerinduan Man Jiang terhadap beliau. Suara nyanyian Man Jiang yang penuh dengan perasaan telah mengharukan hati ramai peminat.

Pada tahun 1998, Man Jiang telah menjadi penyanyi pertama dari Tanah Besar China yang mengikat kontrak dengan Syarikat Sony. Tidak lama selepas itu, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Bagaikan Lautan". Lagu-lagu dalam album itu yang termasuk "Tak Rela Kaupergi", "Kau Ibarat Bayu Lembut Musim Bunga, Akulah Hujan", "Kita Hanya Kawan" dan lain-lain telah menduduki tempat teratas dalam pelbagai senarai muzik pop pada masa itu. Dengan imejnya yang tampan, senyumannya yang mesra dan suaranya yang segar, Man Jiang telah menjadi salah seorang penyanyi yang paling menarik perhatian pada masa itu. Lagu "Kau Ibarat Bayu Lembut Musim Bunga, Akulah Hujan" berkisar tentang cinta suci antara sepasang kekasih.

Selain "Bagaikan Lautan", Man Jiang juga telah melancarkan tiga album yang masing-masing bertajuk "Taman Rahsia", "Bunga Api" dan "Keajaiban". Gaya nyanyiannya yang penuh romantis dan suaranya yang mesra dan segar amat mudah untuk menggerakkan hati golongan muda-mudi. Di samping itu, beliau juga telah mencuba untuk menyanyikan lagu-lagu yang melibatkan pelbagai irama. Lagu "Bandar dalam Bercinta" yang dinyanyikan oleh Man Jiang telah mencerminkan perasaan cinta seseorang yang tinggal di bandar terhadap kekasihnya.

Pada tahun 2004, Man Jiang telah melancarkan album keempatnya yang tertajuk "Nombor Bulat". Album dengan topik cinta itu telah memperlihatkan ciri-ciri golongan lelaki yang tinggal di bandar yang antaranya termasuklah matang, berfikiran terbuka, murah hati, mesra, aktif dan arif. Menurut Man Jiang, mereka yang memahami percintaan pasti akan meminati album itu. Lagu utama album itu yang bertajuk "Nombor Bulat" telah menggambarkan ketabahan golongan lelaki yang tinggal di bandar dalam mengejar percintaan.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Tak Rela Kaupergi"

II "Kau Ibarat Bayu Lembut Musim Bunga, Akulah Hujan"

III "Bandar dalam Bercinta"

IV "Nombor Bulat"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |