v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Luahan Cintaku" dan Lain-Lain

2007-04-17 09:42:17 CRI

Elva Hsiao merupakan salah seorang penyanyi wanita daripada dunia lagu pop Taiwan yang berjaya menawan hati ramai peminat dengan teknik tariannya. Muzik Elva yang sentiasa berkait rapat dengan penampilan itu telah menggabungkan pelbagai unsur estetika yang termasuk tarian, fesyen pakaian dan lain-lain. Dengan itu, beliau telah memikat hati ramai peminat.

Pada penghujung tahun 2006, Elva telah melancarkan album baru yang bertajuk "1087". Lagu-lagu dalam album itu telah melibatkan pelbagai irama yang termasuk Hip Hop, Rock, gaya India, Reggae, R&B dan lain-lain. Lagu utama album itu bertajuk "Luahan Cintaku". Lagu tarian yang berentak rancak ini dapat mempengaruhi seseorang untuk menari mengikut rentak irama lagunya. Lagu ini berkisar tentang seorang gadis pemalu yang ingin menyampaikan rasa cinta kepada kekasihnya.

Lagu "Tidak Jauh" ialah sebuah lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan dalam album baru Elva. Lagu yang penuh dengan gaya klasik itu menggambarkan kerinduan seseorang gadis terhadap bekas kekasihnya walaupun sudah berpisah.

Penyanyi yang juga pelakon dan model iklan yang terkenal dari Taiwan iaitu Yi Nengjing atau Annie Shizuka Inoh telah mencapai kejayaan yang besar dalam kerjayanya. Tidak lama dahulu, beliau telah melancarkan album baru yang bertajuk "Puteri A". Album yang sekali lagi menakjubkan dunia lagu bahasa Mandarin itu mengandungi 4 buah lagu ciptaan baru dan 17 buah lagu lama. Irama keempat-empat lagu baru tersebut dicipta dengan usaha sama pemuzik-pemuzik yang terkenal daripada arena lagu pop China yang termasuk Jay Chou, JJ Lim dan lain-lain, dan liriknya dicipta sepenuhnya oleh Yi Nengjing sendiri. Lagu "Mencintaimu Beribu Kali" yang dinyanyikan oleh Yi Nengjing ialah sebuah lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan.

Dalam album baru Yi Nengjing, terdapat sebuah lagu yang amat istimewa iaitu "Nian Nu Jiao". "Nian Nu Jiao" ialah nama puisi berbentuk Ci pada zaman kuno China. Untuk mencipta lagu baru, Yi Nengjing telah menambah lirik moden berasaskan puisi asal itu. Irama lagu yang dicipta oleh Jay Chou itu telah menggabungkan unsur irama klasik dari timur dengan muzik elektronik moden. Dengan itu, kedengaranlah unsur estetika timur dan barat disepadukan dalam lagu itu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Luahan Cintaku"

II "Tidak Jauh"

III "Mencintaimu Beribu Kali"

IV "Nian Nu Jiao"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |