v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Song Fei dan Albumnya "Bidadari Ling Bo"

2007-03-29 10:38:17 CRI

Song Fei ialah pemain Er Hu, sejenis alat muzik tradisional China yang terkenal. Beliau diminati oleh ramai peminat. Pada akhir tahun 2006, beliau melancarkan album pemainan Er Hu yang bertajuk "Bidadari Ling Bo". Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan irama lagu yang terdapat dalam album tersebut. Terlebih dahulu, marilah kita nikmati irama lagu yang bertajuk "Mengapa Bunga Begitu Merah". Lagu ini ialah lagu latar dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1960-an yang bertajuk "Pengunjung Gunung Salji". Irama lagu tersebut dicipta oleh pemuzik terkenal Lei Zhenbang dan disadurkan daripada lagu rakyat Xinjiang di barat China.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Mengapa Bunga Begitu Merah" yang dimainkan oleh Song Fei dengan Er Hu.

Song Fei dilahirkan di Tianjin dan belajar memainkan Er Hu daripada ayahnya, profesor Konservatori Muzik Tianjin. Song Fei telah menampilkan diri ke pentas semasa berusia 7 tahun. Pada tahun 1981, Song Fei yang berusia 12 tahun ketika itu telah diterima oleh sekolah menengah berafiliasi Konservatori Muzik Tianjin, selepas itu beliau diterima pula oleh Fakulti Alat Muzik Konservatori Muzik China dengan hasil yang baik pada tahun 1987 dan menjadi pemain solo Kumpulan Muzik Rakyat Pusat China. Lapan tahun kemudian, beliau kembali semula ke sekolahnya dan menjadi pensyarah di sana sehingga kini. Sejak belajar di sekolah menengah lagi, Song Fei telah muncul di arena muzik rakyat China. Beliau berulang kali memperoleh anugerah dalam pertandingan permainan muzik rakyat peringkat seluruh China dan antarabangsa dan berulang kali menyertai pesta muzik dan kesenian.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |