Menyeberangi Laut melalui Penyamaran bermaksud berjaya menyeberangi laut tanpa disedari. Pada zaman purba, orang China percaya bahawa segala-gala yang berlaku di bumi telah dipantau oleh dewa-dewi di langit. Di China, terdapat satu peribahasa berbunyi "ada mata di langit". Oleh itu, ketika menyeberangi laut yang luas, kita mesti menghalang pandangan mata di langit supaya tidak disedari atau dikesen oleh dewa-dewi di langit. Sehubungan dengan itu, makna yang lebih lanjut mengenai "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" adalah dalam situasi dikawal selia, tindakan dilaksanakan dengan menggunakan muslihat dan kaedah penyamaran bagi mencapai sesuatu tujuan.
Asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" dikatakan berkaitan dengan Maharaja Tangtaizong, iaitu maharaja kedua Dinasti Tang China, kira-kira pada abad ke-7 Masihi. Kononnya Maharaja Tangtaizong pernah bercita-bercita untuk meluaskan wilayah negerinya, akan tetapi baginda sangat takut untuk menyeberangi laut untuk berperang. Ketika tenteranya tiba di tepi pantai, Maharaja Tangtaizong berasa sangat takut apabila ternampak laut yang luas dengan ombak yang bergulung-gulung. Maharaja Tangtaizong kemudian telah bertanya kepada pengiringnya bagaimanakah caranya tenteranya boleh menyeberangi laut yang sebegitu luas? Namum tiada orang yang menjawab pertanyaan baginda kerana mereka pun tidak tahu akan jawapannya. Pada ketika itu, seorang hartawan tempatan yang tinggal di pesisir pantai itu telah muncul dan meminta untuk menghadap Maharaja Tangtaizong. Beliau mendakwa bahawa keluarganya telah menyediakan bahan makanan yang mencukupi untuk membolehkan tentera Maharaja Tangtaizong menyeberangi laut.
Maharaja Tangtaizong sangat gembira atas khabar baik itu dan mengetuai para pengiringnya berjalan di tepi pantai dengan mengikuti hartawan itu. Tidak lama kemudian, laut tidak kelihatan secara tiba-tiba dan lebih 10 ribu rumah yang dihiasi dengan kain yang berwarna-warni muncul di hadapan mereka. Hartawan itu telah mengundang Maharaja Tangtaizong naik tangga dan memasuki sebuah rumah yang mewah. Empat dinding rumah itu telah dihiasi dengan tirai yang cantik sekali dan lantainya ditutupi dengan permaidani yang bermutu dan mahal. Di dalam rumah itu, Maharaja Tangtaizong telah dihidangkan dengan santapan yang mewah sekali. Maharaja Tang Taizong berasa sangat seronok dan telah duduk untuk menikmati santapan itu. Sebentar kemudian, tiba-tiba baginda terdengar bunyi langsir ditiup angin dan bunyi ombak yang kuat serta barang-barang di dalam rumah itu mulai condong. Maharaja Tangtaizong terkejut lalu bertanya kepada pengiringnya tentang kejadian itu. Hartawan itu menjawab bahawa Tuanku sudah berada di atas kapal dan sedang menyeberangi laut dalam angin yang kencang. Hingga saat itu, Maharaja Tangtaizong baru sedar bahawa ini merupakan satu muslihat supaya baginda dapat menyeberangi laut tanpa kekhuatiran. Beginilah asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran", Maharaja Tangtaizong yang berkedudukan tertinggi pada zaman purba China telah dimaksudkan sebagai "langit" dalam cerita tersebut.
Sebenarnya, dalam sejarah China, banyak peristiwa yang bercirikan penggunaan taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" sudah berlaku sebelum Dinasti Tang. Sebagai contoh, pada abad ke-4 Sebelum Masihi, wilayah China telah menjadi terpisah-pisah dan ditakluk oleh beberapa negeri. Maka, konflik sering berlaku antara negeri-negeri tersebut sering berlaku dan mengakibatkan pemerintahan tempatan ganti-berganti dari semasa ke semasa.
Menurut catatan sejarah, Negeri Qin telah mengisytiharkan perang terhadap Negeri Zhao dan tenteranya juga telah mengepung ibu kota Negeri Zhao untuk memaksa raja Negeri Zhao menyerahkan kuasa pemerintahannya. Pada saat yang genting itu, raja Negeri Zhao telah menulis surat kepada raja Negeri Wei untuk meminta bantuan ketenteraan bagi mengatasi krisis tersebut. Alasan raja Negeri Zhao meminta bantuan daripada raja Negeri Wei kerana isteri adiknya ialah kakak Putera Negeri Wei, iaitu Putera Xinling. Putera Xinling bukan adik sekandung dengan raja Negeri Wei (seayah). Walaupun raja Negeri Wei telah menghantar seramai 100 ribu tentera ke kawasan yang berhampiran dengan ibu kota Negeri Zhao, akan tetapi baginda tidak berani untuk mengarahkan tenteranya mara untuk membantu Negeri Zhao kerana bimbang kalau-kalau Negeri Qin akan membalas dendam selepas itu. Setelah diberitahu akan perkembangan terkini, Putera Xinling berasa sangat cemas, akan tetapi beliau juga tiada kaedah untuk membantu Negeri Zhao kerana tidak mempunyai hak untuk mengarahkan tentera. Pada ketika itu, seorang penasihat Putera Xinling telah mencadangkan supaya Putera Xinling memujuk salah seorang gundik kesayangan raja Negeri Wei untuk mencuri gundal tentera daripada raja Negeri Wei. Oleh sebab Putera Xinling pernah membantu gundik itu menghukum penjenayah yang membunuh ayah gundik itu, jadi mereka menjangka bahawa dia tentu tidak akan menolak permintaan tersebut. Putera Xinling akhirnya telah berbuat sepertimana yang dicadangkan dan berjaya mendapatkan gundal tentera dan membantu raja Negeri Zhao mengatasi krisis itu dengan mengarahkan tentera Negeri Wei menyerang kem tentera Negeri Qin. Dalam cerita ini, Putera Xinling juga telah mengguna pakai taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran".
Taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" tidak semestinya akan memberi ancaman langsung atau menjejaskan kepentingan pihak yang kena tipu dan juga berlainan dengan niat jahat yang menggunakan tipu muslihat yang bertujuan untuk menjejaskan kepentingan pihak yang lain.
Saudara pendengar, demikian tadi telah saya perkenalkan Taktik Pertama daripada 36 Taktik Peperangan iaitu Menyeberangi Laut melalui Penyamaran. Terima kasih kerana bersama-sama kami. Saya Puspa, jumpa lagi.
----Puspa
|