Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Lagu Penternak di Padang Rumput". Saya yakin nyanyian A Ri Bu Jie telah membawa anda mengembara ke padang rumput Mongol Dalam.
Melalui pengalaman dan latihan dalam beberapa tahun, A Ri Bu Jie telah membentuk gaya nyanyiannya yang tersendiri, iaitu paduan antara gaya bel canto dengan nyanyian lagu rakyat. Berikutnya silalah nikmati lagu yang bertajuk "Pelana dengan Ukiran Bunga". Lagu itu menggambarkan kenangan indah penduduk etnik Mongol sewaktu zaman kanak-kanak di padang rumput yang telah ditinggalkan.
Nyanyian A Ri Bu Jie membawa kegembiraan kepada pendengar dan juga mendapat penilaian yang tinggi. Beliau pernah mengadakan konsert solo di Beijing, Mongol Dalam China dan negara Mongol dengan jayanya. Beliau juga merakam dan melancarkan albumnya yang bertajuk "Rindu akan Kampung Halaman" dan "Lagu Pujian Padang Rumput". Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Ga Da Mei Lin". Ga Da Mei Lin ialah pahlawan etnik Mongol. Lagu itu menceritakan pahlawan itu telah memimpin pemberontakan rakyat Mongol untuk melindungi padang rumput dan rakyat Mongol. 1 2
|