v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ba Wu, Alat Muzik Etnik Minoriti Barat Daya China

2007-04-12 16:01:02 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan Ba Wu, sejenis alat muzik tiupan yang popular di kawasan etnik minoriti di barat daya China.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Lagu Cinta Etnik Hani" yang dimainkan dengan Ba Wu.

Ba Wu merupakan sejenis alat muzik etnik minoriti China dan sangat popular dalam kalangan etnik minoriti Hani, Yi dan Wa di barat daya China. Penduduk di kawasan tersebut sangat menyukai Ba Wu, bahkan sentiasa membawa alat muzik itu bersama-samanya. Anak muda meniup lagu cinta dengan Ba Wu, manakala orang tua menggunakannya sebagai alat hiburan, sementara penternak pula menjadikannya sebagai "teman" untuk menghilangkan kesepian. Akan tetapi, sebelum tahun 1950-an, Ba Wu sentiasa dijadikan sebagai "mainan rakyat". Naum, pada tahun 1956, Ba Wu mula diperkenalkan ke arena muzik China secara rasmi sebagai alat muzik rakyat.

Alat muzik Ba Wu yang tradisional agak perlahan bunyinya dan keupayaan jarak suara tidak begitu luas. Maka ahli muzik China telah mengubahsuai alat muzik itu supaya keupayaan jarak suaranya diperluas dan boleh kedengaran dari jarak jauh. Seterusnya silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Lagu Etnik Hani".

Melalui perubahsuaian, hari ini alat muzik Ba Wu telah menjadi sejenis alat muzik yang boleh memainkan pelbagai irama lagu. Bunyi Ba Wu juga boleh berpadu dengan bunyi alat muzik yang lain dengan baik. Berikutnya marilah kita nikmati irama lagu yang bertajuk "Buluh Tumbuh di Bawah Sinar Bulan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |