Penyanyi dari Tanah Besar China, Liu Zhongyi mula dikenali oleh para peminat dengan sebuah lagu yang bertajuk "Anak Gadis Keluarga Terhormat". Baru-baru ini, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Pengganti Kekasih".
Lagu "Anak Gadis Keluarga Terhormat" merupakan lagu utama album baru Liu Zhongyi. Lagu yang berentak rancak dan liriknya membawa erti mendalam itu telah menggambarkan keinginan golongan muda-mudi pada zaman ini dalam mengejar impian sendiri. Dengan lagu itu, Liu Zhongyi ingin memberitahu kita tentang inti pati kehidupan iaitu mententeramkan fikiran yang runsing dan menikmati kehidupan yang mudah dan gembira.
Liu Zhongyi pernah tinggal beberapa tahun di A.S.. Selepas kembali ke tanah air, beliau berjaya diterima sebagai mahasiswa oleh Universiti Jiaotong Utara China melalui peperiksaan. Semasa belajar di universiti itu, beliau kerap menyertai pelbagai persembahan seni dan telah memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Selepas memasuki arena seni suara China pada Jun tahun 2001, beliau telah membentuk gaya nyanyiannya yang tersendiri. Unsur kebudayaan timur dan barat kedengaran disepadukan dalam "Kembali ke Rumahku" yang dinyanyikan oleh Liu Zhongyi. Lagu itu juga telah memperlihatkan kreativiti Liu Zhongyi dalam penciptaan lagu.
Album "Pengganti Kekasih" juga mengandungi tiga buah lagu ciptaan Liu Zhongyi sendiri, antaranya termasuklah "Dua Batang Jalan", "Umang-Umang" dan "Ada Seorang Lagi". Bakat Liu Zhongyi yang cemerlang serta daya pemahamannya yang hebat dalam bidang penciptaan lagu telah diperlihatkan sepenuhnya melalui ketiga-tiga buah lagu tersebut. Lagu "Umang-Umang" telah menggambarkan pemandangan yang indah ketika sekumpulan umang-umang merayap-rayap di pantai yang berwarna keemas-emasan.
Album "Pengganti Kekasih" penuh dengan keghairahan Liu Zhongyi terhadap hidup dan cinta. Lagu "Bercinta" berkisar tentang sebuah cerita cinta romantis yang berlaku di bandar.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Anak Gadis Keluarga Terhormat"
II "Kembali ke Rumahku"
III "Umang-Umang"
IV "Bercinta"
|