v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu pada Musim Bunga

2007-04-19 16:58:47 CRI

Saya ingin mengucapkan "semoga berjumpa lagi" dengan musim sejuk, kami sekarang sedang menyambut musim bunga. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu rakyat tentang musim bunga.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Lagu Tekukur". Lagu ini merupakan lagu rakyat Jiangxi di selatan China. Irama lagu yang merdu ini membawa anda menghayati keindahan musim bunga.

Minum teh merupakan salah satu budaya orang China yang istimewa. Budaya ini telah bersejarah lama. Musim bunga juga merupakan musim pemetikan daun teh. Dalam kebun teh, gadis yang jelita akan menyanyi sambil memetik daun teh. Begitu indah pemandangan kala itu. Berikutnya marilah kita nikmati lagu rakyat Zhejiang di selatan China yang bertajuk "Lagu Pemetikan Daun Teh".

Bermain layang-layang ialah aktiviti hiburan yang popular di pelbagai negara. Orang China mencipta layang-layang pada lebih 2000 tahun yang lalu. Warga China suka bermain layang-layang yang cantik pada musim bunga. Seterusnya silalah nikmati lagu rakyat Hebei China yang bertajuk "Bermain Layang-layang".

Angin musim bunga telah membangunkan segala yang masih tidur. Petani mulai sibuk di sawah untuk aktiviti penanaman bagi musim baru. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Guangxi di barat daya China yang bertajuk "Lagu Bulan 12 Menurut Kalendar China". Lagu itu memperlihatkan suasana gembira dan menggambarkan kaum tani yang sibuk menjalankan aktiviti penanaman. .

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |