v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Beritahu Dia, Aku Cinta Padanya" dan lain-lain

2007-05-01 10:16:10 CRI

Pelakon yang terkenal dari Tanah Besar China iaitu Hu Ge mula dikenali oleh peminatnya dengan sebuah drama bersiri televisyen yang bertajuk "Legenda Pemain Pedang". Pada penghujung tahun 2005, beliau telah memasuki arena seni suara China. Setahun selepas itu, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Menghargai Hu Ge". Album itu mengandungi tiga buah lagu cinta. Dengan suara nyanyian Hu Ge yang penuh dengan perasaan, lagu-lagu tersebut telah mengharukan hati ramai peminat.

Lagu "Beritahu Dia, Aku Cinta Padanya" merupakan lagu utama album Hu Ge. Lagu itu berkisar tentang seorang lelaki pemalu yang ingin meluahkan rasa cinta terhadap impian kekasihnya.

Pada penghujung tahun 2006, penyanyi yang juga pengacara yang terkenal dari Tanah Besar China iaitu He Jiong telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Diriku". Album itu mengandungi 10 buah lagu, antaranya termasuk lagu "Cinta dan Kebebasan" yang mencerminkan keserbasalahan dalam memilih cinta, lagu "Impian pada Masa Itu" yang menggambarkan keterpaksaan untuk menghadapi kesukaran dalam kehidupan, lagu "Meluru" yang mencerminkan ketabahan seseorang dalam mengejar masa depan yang cerah, dan lagu "Diriku" yang membawa maksud ketelitian terhadap perasaan sendiri.

Lagu "Cinta dan Kebebasan" merupakan lagu utama album baru He Jiong. Cinta dan kebebasan merupakan dua pilihan tentang perasaan yang berbeza-beza, dan kebanyakan pasangan kekasih pernah mengalami kedua-dua pengalaman tersebut.

Lagu "Berdialog dengan Bayang-Bayangku" telah menggambarkan keterpaksaan seseorang menghadapi keadaan setelah ditinggalkan oleh kekasihnya.

Penyanyi wanita dari Tanah Besar China yang bernama A Duo terkenal dengan gaya nyanyiannya yang istimewa. Dengan imejnya yang mempesonakan dan teknik kawalan suaranya yang mantap, A Duo telah memikat hati ramai peminat. Lagu "Begitu Mencintaimu" merupakan lagu solo terkini bagi beliau. Lagu yang berkisar tentang persahabatan antara A Duo dengan kawan-kawannya di institusi kesenian itu telah memperlihatkan rasa sayang A Duo terhadap kawan-kawannya tersebut.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Beritahu Dia, Aku Cinta Padanya"

II "Cinta dan Kebebasan"

III "Berdialog dengan Bayang-Bayangku"

IV "Begitu Mencintaimu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |