v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Ruoying dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-05-08 19:53:56 CRI

Penyanyi yang terkenal dari Taiwan China, Liu Ruoying telah berlakon dalam filem "Selamat Hari Jadi" pada awal tahun ini yang telah mengharukan hati ramai peminat. Dengan wajahnya yang manis dan lembut serta teknik lakonan dan nyanyinya yang mantap, Liu Ruoying telah mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia.

Lagu "Begitu Mencintaimu" merupakan lagu utama album pertama Liu Ruoying yang dilancarkan pada tahun 1998. Lagu itu telah menggambarkan sikap Liu Ruoying yang tidak menyesal atas percintaan yang dikejarnya.

Sejak kecil lagi, Liu Ruoying yang dilahirkan di Taiwan China ini amat berminat akan seni muzik. Ketika masih belajar di sekolah menengah tinggi, beliau telah pergi ke A.S. untuk menerima latihan muzik yang profresional di negara itu. Selepas kembali ke Taiwan, beliau berjaya diterima oleh Syarikat Rakaman Rock Taiwan untuk mempelajari teknik nyanyian dan penciptaan muzik pop dengan seorang penyanyi yang berkat dalam mencipta lagu di syarikat itu. Selepas itu, Liu Ruoying telah dipelawa oleh pengarah filem yang terkenal di Taiwan iaitu Zhang Aijia untuk berlakon dalam sebuah filem yang bertajuk "Gadis Xiaoyu". Menerusi filem itu, beliau telah dihadiahkan Anugerah Pelakon Wanita Paling Cemerlang dalam Pesta Filem Asia-Pasifik. Ekoran daripada kemenangan itu, beliau telah menerima tawaran berlakon dalam banyak filem dan drama bersiri TV. Namun begitu, beliau tidak pernah menghentikan pengejarannya terhadap seni muzik dan telah menjadi salah seorang penyanyi wanita yang paling cemerlang dalam dunia lagu bahasa Mandarin.

Walaupun Liu Ruoying telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam kerjayanya, tetapi beliau sentiasa berasa sepi. Lagu ini telah menggambarkan kesediaannya untuk mengejar satu percintaan yang sederhana supaya tidak kesepian lagi.

Liu Ruoying mempunyai satu nama manja iaitu "teh susu". Peminat Liu Ruoying sentiasa terpesona oleh kemanisan, kelembutan dan kehalusannya yang seakan-akan kewangian teh susu yang berkekalan.

Lagu "Melancong Sendirian" dipilih daripada album "Kegagalan dan Kecemerlanganku" yang dilancarkan oleh Liu Ruoying pada tahun 2003. Lagu ini telah menggambarkan konsep percintaan kepada golongan muda-mudi pada zaman ini, iaitu di samping menikmati kemanisan cinta, mereka juga harus menghormati kebebasan masing-masing.

Lagu "Aku Ketahui" berkisar tentang perasaan sepasang kekasih yang sudah berpisah setelah mengetahui bahawa bekas kekasihnya itu sudah mempunyai kekasih baru.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Begitu Mencintaimu"

II "Kesepian Sepanjang Hayat"

III "Melancong Sendirian"

IV "Aku Ketahui"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |