v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Muzik Rakyat Universiti Rakyat China

2007-05-03 18:21:20 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan irama lagu yang dimainkan oleh Kumpulan Muzik Rakyat Universiti Rakyat China. Terlebih dahulu, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Kegembiraan".

"Kegembiraan" merupakan karya pemuzik terkenal Gu Guanren. Irama lagu tersebut memperlihatkan rasa gembira kaum tani selepas memperoleh hasil tuaian.

Kumpulan Muzik Rakyat Universiti Rakyat China ialah sebuah kumpulan muzik rakyat amatur yang terdiri daripada kalangan siswa. Kumpulan tersebut ditubuhkan pada tahun 1995. Anggota kumpulan tersebut ialah siswa daripada pelbagai jurusan di Universiti Rakyat China. Sejak ditubuhkan, kumpulan itu sentiasa aktif dalam arena kebudayaan di kampus itu. Kumpulan tersebut telah mengadakan konsert tetap di kampus dan memperlihatkan muzik rakyat China kepada kaum belia.

Seterusnya silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Dage". "Dage" ialah bentuk tarian ramai orang dan popular dalam kalangan etnik-etnik minoriti Yi, Bai dan Miao di barat daya China. Selepas memperoleh hasil tuaian atau merayakan sesuatu perayaan, "Dage" menjadi popular. Dalam Pesta Kesenian Mahasiswa Beijing Tahun 1999, karya itu telah dimainkan oleh Kumpulan Muzik Rakyat Universiti Rakyat China dengan memperoleh tempat pertama.

Untuk meningkatkan taraf permainan, kumpulan tersebut juga mempelawa pengarah komposer dan pemain yang terkenal di China untuk menjawat sebagai pensyarah bagi kumpulan tersebut. Dengan syarahan dan sokongan para ahli akademik tersebut, taraf kesenian kumpulan itu terus meningkat dan kerap kali memperoleh anugerah dalam pelbagai pertandingan muzik dalam dan luar negara. Sekarang, kumpulan tersebut telah berkembang manjadi salah satu kumpulan muzik yang mempunyai pengaruh paling kuat dalam kalangan institusi pengkajian tinggi di China. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati "Irama Baru Si Zhu". Si Zhu merupakan bentuk permainan bersama alat muzik rakyat yang popular di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang dan kawasan yang lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |