v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kalendar "24 Musim"--- Hujan Biji-bijian

2007-05-08 18:32:28 CRI

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubuhan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga".

Dalam kalendar "24 Musim", selepas "Qing Ming" yang jatuh pada 10 hari pertama bulan April, datanglah pula hari "hujan biji-bijian" yang jatuh pada 10 hari terakhir bulan April. "Hujan biji-bijian" bagi tahun ini telah jatuh pada 20 April lalu.

Terdapat satu bidalan yang berbunyi "tanaman biji-bijian terhasil daripada air hujan". Selepas "hujan biji-bijian" berlalu, jumlah hujan akan semakin meningkat dan menjadi mencukupi, maka tumbuhan yang baru ditanam di ladang akan tumbuh dengan baik.

Walau bagaimanapun, dalam penggal "hujan biji-bijian", perubahan suhu udara sehari akan menjadi paling ketara pada sepanjang tahun. Bagi peladang teh di selatan China, "hujan biji-bijian" juga merupakan satu-satunya hari yang sangat penting. Ini kerana dipercayai bahawa kerja memetik daun teh mesti diselesaikan sebelum hari"hujan biji-bijian".

Diketahui umum bahawa China merupakan negara pengeluar teh yang terbesar di dunia. Di China, teh hijau diproses daripada daun teh yang dipetik sebelum hari "hujan biji-bijian" merupakan keluaran yang paling mendapat sambutan. Air teh yang berzat tersebut mempunyai pelbagai jenis vitamin dan asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Anda mungkin akan merasa pahit pada mula-mula meminum air teh hijau itu, tapi kemudiannya, anda akan merasai bau harum dan wanginya yang seolah-olah sampai ke sanubari hati. Teh yang diproses daripada daun teh yang dipetik selepas hari "hujan biji-bijian", jumlah pengeluarannya paling besar pada sepanjang tahun dan harganya juga paling murah di pasaran.

Masa di sekitar hari "hujan biji-bijian" juga merupakan musim yang terbaik bagi menikmati keindahan bunga peoni. Bunga peoni melambangkan kekayaan, kemuliaan dan kesejahteraan di China.

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |