v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Li Zhi, Ahli Ideologi dan Teori Seni Tersohor dalam Sejarah China

2007-05-14 16:12:32 CRI

Dalam masyarakat feudal yang bersejarah selama lebih 2000 tahun di China, ideologi feudal sentiasa di sanjung oleh pemerintah pelbagai dinasti. Mereka melaksanakan pemerintahan terhadap negara dan rakyat berdasarkan ideologi yang dianggap sebagai ideologi ortodoks itu.

Dalam sejarah feudal China selama lebih 2000 tahun, terdapat banyak pujangga ternama yang menentang ideologi ortodoks itu dan memperkenalkan fikiran demokratik atau fikiran yang mengandungi unsur demokratik. Li Zhi merupakan salah seorang pujangga yang paling terkenal antaranya.

Li Zhi dilahirkan pada tahun 1527 di Quanzhou, Fujian, kawasan pantai tenggara China. Pada masa dewasa, Li Zhi yang lulus daripada peperiksaan kerajaan telah dilantik sebagai seorang pegawai rendah. Sampai berusia 50 tahun, beliau baru ditingkatkan pangkatnya dan dilantik sebagai pegawai kanan di satu kawasan. Namun dekimkian, berbeza dengan hampir kesemua intelektual pada zaman itu di China, Li Zhi sentiasa mengejar kebebasan dari segi ideologi. Beliau tidak berpuashati seandainya tidak dapat mencapai kebebasan dari segi ideologi. Berdasarkan fikiran ini, Li Zhi yang baru dinaikkan pangkatnya telah mengambil keputusan untuk bersara. Beberapa tahun selepas itu, beliau menjadi sami untuk menggunakan lebih banyak masa bagi memikir, mengkaji dan menulis.

Karya yang ditulis oleh Li Zhi meliputi pelbagai bidang dan isi kandungannya sangat meluas. Karyanya telah memperlihatkan fikiran derhaka beliau yang tegas terhadap masyarakat feudal. Disebabkan itulah, beliau beberapa kali dianiaya oleh penguasa feudal, akhirnya beliau meninggal dunia dalam penjara.

Li Zhi dengan tegas mengkritik falsafah Konfusius tradisional. Dalam masyarakat feudal China selama lebih 2000 tahun, disebabkan pelaksanaan sistem pelantikan pegawai melalui peperiksaan kerajaan, kaum intelektual China termasuklah Li Zhi menerima pendidikan dalam rangka falsafah Konfusius. Akan tetapi, sesetengah intelektual sentiasa mempunyai fikiran yang bebas. Semasa dewasa atau tua, mereka menilai semula dan mengkritik falsafal Konfusius dan mengemukakan pandangan yang bertentangan dengan falsafah Konfusius. Li Zhi merupakan intelektual serupa yang paling ternama.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |