v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Xu Wei dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-05-15 10:50:52 CRI

Penyanyi dari Tanah Besar China, Xu Wei mula dikenali oleh peminatnya dengan sebuah lagu yang bertajuk "Musim Gugurku". Berkat minatnya terhadap seni muzik, Xu Wei sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk menjadi seorang penyanyi yang unggul. Kini, beliau telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang penciptaan lagu.

Xu Wei merupakan seorang penyanyi yang amat berpotensi di dunia lagu China. Pada penghujung tahun 1994, beliau telah meninggalkan kampung halamannya di Xi'an dengan berangkat ke Beijing untuk mengejar impiannya. Pada masa itu, bakatnya dalam bidang penciptaan lagu telah menarik perhatian pemuzik-pemuzik yang terkenal di Tanah Besar China. Pada tahun 1997, Xu Wei telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Di Tempat Lain". Lagu-lagu dalam album itu berkisar tentang pengalaman kehidupan Xu Wei yang penuh dengan kesepian dan kemurungan. Lagu "Musim Gugurku" telah menggambarkan kesepian Xu Wei ketika tinggal di bandar.

Dalam masyarakat moden ini, terdapat terlalu banyak godaan dan nafsu, dan muzik berirama rock telah menjadi kaedah terbaik untuk meluahkan perasaan. Justeru, Xu Wei merupakan seorang pemuzik rock unggul yang muncul dengan latar belakang itu.

Pada tahun 2000, Xu Wei telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Pada Tahun Itu". Album itu dianggap sebagai salah satu album yang paling cemerlang dalam sejarah muzik rock China. Lagu "Pada Tahun Itu" telah menggambarkan keterpaksaan seseorang ketika menemui kesukaran dalam kehidupan.

Album "Menikmati Masa Itu" dan "Setiap Detik Merupakan Satu Permulaan Baru" ialah dua buah album yang dilancarkan oleh Xu Wei pada tahun 2002 dan 2004. Dalam kedua-dua album tersebut, Xu Wei mula menceritakan tentang kehidupan yang bahagia dan impian yang diidamkannya. Beliau juga mula menghargai cinta. Lagu-lagu dalam kedua-dua album tersebut telah memperlihatkan sikap Xu Wei yang telah berubah menjadi lebih positif dan optimis.

Lagu "Kehidupan Yang Sempurna" merupakan lagu utama album itu. Dengan suara nyanyian Xu Wei yang penuh dengan perasaan, lagu yang berentak rancak itu boleh menggembirakan golongan pendengar yang tinggal di bandar.

Lagu "Kau yang Satu Ketika Dahulu" yang dipilih daripada album "Setiap Detik Merupakan Satu Permulaan Baru" itu merupakan sebuah lagu yang mengingatkan keadaan masa mudanya. Lagu itu telah menggambarkan perasaan penyanyi yang tidak menyesal atas apa yang telah dilakukannya pada masa mudanya.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Musim Gugurku"

II "Pada Tahun Itu"

III "Kehidupan Yang Sempurna"

IV "Kau yang Satu Ketika Dahulu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |