v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Hidup Kerana Cinta" dan Lain-Lain

2007-05-22 08:56:05 CRI

Penyanyi dari Taiwan China, Wang Jie merupakan seorang penyanyi lagu cinta yang amat cemerlang di pentas lagu pop China. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu sejak memasuki arena seni suara, beliau telah melancarkan lebih 40 buah album dan telah mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia. Tidak lama dahulu, Wang Jie telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Berjumpa Lagi, Si Gila". Dengan suara nyanyiannya yang penuh dengan perasaan, album itu telah menyentuh perasaan ramai peminat.

Lagu "Si Gila" ialah lagu utama album baru Wang Jie. Lagu itu berkisar tentang seorang lelaki yang tidak dapat menghapuskan rasa cintanya terhadap bekas kekasihnya itu setelah mereka berpisah.

Pada lima tahun yang lalu, penyanyi dari Taiwan China yang berumur 15 tahun, Zhuo Wenxuan telah berjaya memikat hati ramai peminat dengan suara nyanyiannya yang istimewa. Kini, gadis yang manis dan comel itu telah berubah menjadi seorang wanita yang lembut dan matang. Tidak lama dahulu, Zhou Wenxuan telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Tabiat". Album itu telah memperlihatkan teknik kawalan suaranya yang mantap.

Lagu cinta "Liang Shanbo dan Juliet" telah menggabungkan dua buah tragedi cinta klasik dari China dan Barat iaitu "Liang Shanbo dan Zhu Yingtai" dan "Romeo dan Juliet".

Lagu "Rasa Bahagia" ialah sebuah lagu yang dipilih daripada album baru Zhuo Wenxuan. Menerusi lagu itu, Zhuo Wenxuan ingin memberitahu saudara bahawa setiap cinta mengandungi pelbagai pengalaman yang penuh dengan suka duka dan pahit manis. Namun begitu, jika kita pandai mengawal emosi diri, kita pasti akan dapat menikmati kemanisan cinta.

Kumpulan penyanyi "Wu Yue Tian" merupakan kumpulan penyanyi rock yang paling cemerlang di Taiwan China pada masa ini. Kumpulan penyanyi yang terdiri daripada lima orang pemuda yang tampan itu telah memperlihatkan kecergasan golongan muda pada zaman ini. Kumpulan penyanyi itu juga telah menggondol Anugerah Kumpulan Korus Paling Cemerlang di Taiwan.

Lagu "Hidup Kerana Cinta" ialah sebuah lagu yang dipilih daripada album "Hidup Kerana Cinta" yang dilancarkan oleh Wu Yue Tian pada penghujung tahun 2006. Lagu ini telah menggambarkan kekuatan cinta yang hebat.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Si Gila"

II "Liang Shanbo dan Juliet"

III "Rasa Bahagia"

IV "Hidup Kerana Cinta"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |