v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Pertama Chen Kun Yang Bertajuk "Menyusupi"

2007-05-29 10:22:50 CRI

Setelah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam arena filem dan drama bersiri TV, bintang lelaki yang terkenal dari Tanah Besar China, Chen Kun telah memasuki arena seni suara pada tahun 2004. Pada penghujung tahun itu, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Menyusupi". Lagu-lagu dalam album itu telah merawankan hati ramai peminat.

Album "Menyusupi" yang melibatkan pelbagai irama itu dicipta dengan usaha sama pemuzik-pemuzik yang terkenal dari Tanah Besar dan Taiwan China. Menerusi lagu "Menari", Chen Kun ingin menggalakkan para pendengar supaya menari mengikut irama lagu ini agar melupakan segala hal yang tidak menggembirakan.

Chen Kun telah berlakon dalam banyak drama bersiri TV yang antaranya termasuklah "Bagaikan Kabus, Hujan dan Angin", "Cerita tentang Sebuah Keluarga Mulia", "Sayang dalam Cinta" dan lain-lain. Dengan imej yang tampan serta teknik lakonan yang mantap, beliau telah memikat hati ramai peminat. Sebenarnya, sebelum terbabit dalam arena lakonan, Chen Kun pernah terlibat sebagai seorang penyanyi solo dalam Kumpulan Nyanyian dan Tarian Timur China. Walaupun Chen Kun telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya, tetapi beliau tidak pernah menghentikan pengejarannya terhadap seni muzik. Lagu "Kembali kepada Kehidupan Sederhana" ialah lagu utama drama bersiri TV yang bertajuk "Syurga dan Bumi Yang Sentimental". Dengan lagu ini, Chen Kun ingin memberitahu saudara supaya tidak mengabaikan kebahagiaan dan orang yang terdekat dengan saudara.

Lagu "Bunga Api" merupakan lagu utama album "Menyusupi". Dengan suara nyanyian Chen Kun yang lembut dan irama lagu yang penuh dengan perasaan, lagu ini telah menambat hati ramai peminat.

Menurut Chen Kun, nama album itu iaitu "Menyusupi" mengandungi dua makna. Pertama, beliau ingin mengumumkan kemasukannya ke dalam dunia seni suara, dan kedua, beliau berharap agar suara nyanyiannya dapat menyusup ke dalam jiwa para pendengar. Lagu "Bulan Sabit" ialah sebuah lagu cinta. Lagu ini telah menggambarkan kemanisan cinta yang dikecapi oleh pasangan kekasih.

 

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Menari"

II "Kembali kepada Kehidupan Sederhana"

III "Bunga Api"

IV "Bulan Sabit"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |