v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Air Wangi Beracun" dan Lain-Lain

2007-06-05 09:54:11 CRI

Lagu "Kerisauan Golongan Lelaki" dinyanyikan oleh A Lang, seorang penyanyi baru dari Tanah Besar China. Lagu ini berkisar tentang pelbagai masalah yang ditemui oleh golongan lelaki pada peringkat umur yang berbeza-beza. Lagu ini telah menggambarkan kepahitan dan kerisauan yang dialami oleh mereka.

Sejak kecil lagi, A Lang amat berminat akan seni opera. Pada tahun 1990, beliau mula berkhidmat sebagai seorang pelakon dalam Kumpulan Opera Peking Provinsi Jilin. Pada tahun 1998, A Lang telah berangkat ke Beijing untuk menjadi seorang penyanyi lagu pop. Dengan suara nyanyiannya yang istimewa, beliau telah mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia. Pada awal tahun ini, A Lang telah melancarkan album pertamanya yang bertemakan "perasaan golongan lelaki". Lagu "Emosi Lelaki Juga Mudah Terluka" telah menggambarkan kesakitan dan keterlukaan golongan lelaki ketika mengalami kegagalan dalam percintaan.

Bintang baru di dunia lagu pop China, Hu Yanglin mula dikenali oleh peminatnya dengan lagu "Air Wangi Beracun" yang dinyanyikannya melalui internet pada tahun 2006.

Sejak kecil lagi, Hu Yanglin amat pandai menyanyi dan menari. Ketika masih belajar di Institut Seni Lukis Hubei, beliau telah menubuhkan sebuah pancaragam dan menjadi penyanyi utama kumpulan pancaragam itu. Dengan imej yang comel dan teknik kawalan suara yang mantap, beliau telah menjadi bintang popular dalam golongan siswa-siswi pada masa itu. Selepas tamat pengajiannya di institut itu, Hu Yanglin telah berangkat ke Beijing untuk menjadi seorang pengurus di belakang pentas. Pada tahun 2005, beliau telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat kebudayaan di Beijing. Lagu "Air Wangi Beracun" ialah lagu pertama Hu Yanglin. Lagu ini telah menduduki tempat teratas dalam pelbagai Senarai Carta Lagu Pop Paling Cemerlang di China. Dengan suara nyanyian Hu Yanglin yang penuh dengan perasaan, membolehkan para pendengar mengecapi cinta yang seakan-akan kewangian air wangi menerusi lagu itu.

Pada Jun tahun 2006, Hu Yanglin telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Air Wangi Beracun". Lagu "Bulan Terdekat" telah menggambarkan kesediaan seseorang untuk berkongsi impian dengan kekasihnya.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Kerisauan Golongan Lelaki"

II "Emosi Lelaki Juga Mudah Terluka"

III "Air Wangi Beracun"

IV "Bulan Terdekat"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |