v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Salji pada Musim Panas" dan Lain-Lain

2007-06-12 08:51:56 CRI

Pada awal tahun ini, penyanyi dari Malaysia, Tan Kheng Seong atau juga dikenali sebagai A Niu telah melancarkan album barunya yang bertajuk "Aku Cinta Padamu". Dengan nada yang paling senang dan juga paling lancar itu, lagu-lagu dalam album itu telah menggambarkan kegembiraan dan kepiluan A Niu dalam kehidupan. Lagu "Aku Cinta Padamu" ialah lagu utama album itu. Dalam lagu ini, A Niu telah menyanyikan lirik "Aku Cinta Padamu" dengan suara yang kuat dalam bahasa Melayu. Dengan irama yang riang, lagu itu penuh dengan rasa kemanisan dan romantis. Menerusi lagu ini, A Niu ingin menggalakkan para pendengar supaya berani meluahkan rasa cinta kepada kekasih impian saudara.

Dengan gayanya yang mesra penonton, suara nyanyiannya yang penuh dengan perasaan serta irama ciptaannya yang mudah diikuti, A Niu telah menawan hati ramai peminat. Lagu "Bulan di Beijing" telah menggambarkan kerinduan golongan yang mencari rezeki di tempat jauh terhadap kampung halaman mereka.

Pada musim panas tahun yang lalu, penyanyi dari Hong Kong China, Kelly Chen telah melancarkan album barunya dalam bahasa Kantonis yang bertajuk "Gadis Gembira". Album itu telah meneruskan gaya lagu tarian alegro yang menjadi kebiasaannya. Lagu utama album itu yang bertajuk "Tiada Simpanan" justeru ialah sebuah lagu tarian. Kelly sendiri telah mencipta gerak tari yang mengghairahkan supaya bersesuaian dengan rentak rancak lagu itu.

Kumpulan penyanyi dari Taiwan yang bernama "Lautan Roda Terbang" terdiri daripada empat orang lelaki yang tampan. Mereka menjadi amat popular selepas berlakon dalam drama bersiri TV yang bertajuk "Kelas Terakhir" pada tahun 2006. Selepas itu, mereka telah melancarkan album runut bunyi lagu tema drama bersiri TV iaitu "Kelas Terakhir". Dengan itu, mereka berjaya menawan hati ramai peminat.

Pada November tahun 2006, kumpulan penyanyi "Lautan Roda Terbang" telah melancarkan album pertamanya yang tertajuk "Lautan Roda Terbang". Lagu-lagu dalam album itu melibatkan pelbagai irama yang antaranya termasuklah lagu pop yang penuh dengan pelahiran perasaan, R&B yang romantis, lagu tarian yang berentak rancak dan lain-lain. Setiap lagu dalam album itu telah mengisahkan sebuah cerita masa muda yang penuh dengan dukacita dan pahit manis. Lagu "Salji pada Musim Panas" yang penuh dengan penyampaian perasaan itu menceritakan tentang kepiluan seseorang yang ditinggalkan oleh kekasihnya.

 

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Aku Cinta Padamu"

II "Bulan di Beijing"

III "Tiada Simpanan"

IV "Salji pada Musim Panas"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |