v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Wang Feng dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-06-19 09:40:43 CRI

Sejak kecil lagi, penyanyi rock dari Tanah Besar China iaitu Wang Feng telah menerima pendidikan muzik yang formal. Selepas itu, beliau telah diterima oleh Konservatori Pusat China melalui peperiksaan untuk belajar violin dan biola di konservatori itu. Akan tetapi, beliau tidak menceburkan diri dalam bidang muzik klasik seperti kawan-kawan sekelasnya yang lain. Sebaliknya, beliau telah menubuhkan kumpulan pancaragam yang bernama "Nombor Ke-43 di Jalan Paochia" pada tahun 1994 dan menjadi penyanyi utama kumpulan pancaragam itu. Berkat pembelajaran seni muzik secara formal selama beberapa tahun, Wang Feng dapat menyampaikan fikiran dan perasaan sendiri menerusi lagu-lagu ciptaannya dengan lebih mudah dan tepat. Karya-karya muzik ciptaannya yang penuh dengan gaya kebudayaan itu amat diminati oleh para peminat. Lagu "Burung Kecil" ialah lagu utama album "Burung Kecil" yang dilancarkan oleh kumpulan pancaragam "Nombor Ke-43 di Jalan Paochia" pada tahun 1997.

Pada tahun 1999, Wang Feng telah meninggalkan kumpulan pancaragam "Nombor Ke-43 di Jalan Paochia" untuk memulakan kerjayanya sendiri di dunia lagu pop. Pada tahun 2000 dan 2002, beliau telah melancarkan dua buah album yang bertajuk "Bunga Api" dan "Cinta Merupakan Sebutir Peluru yang Bahagia". Dengan lirik yang penuh dengan perasaan serta irama yang amat menggembirakan, lagu-lagu dalam kedua-dua album itu telah menambat hati ramai peminat. Lagu "Cinta Merupakan Sebutir Peluru yang Bahagia" telah menggambarkan keterlukaan seseorang ketika ditinggalkan oleh kekasihnya.

Pada umumnya, pendekatan penciptaan yang tidak mengikut kelaziman ialah tanggapan orang ramai terhadap muzik berirama rock. Sedangkan karya-karya muzik berirama rock ciptaan Wang Feng telah membuktikan bahawa muzik rock juga dipenuhi dengan perasaan dan estetika. Pada pendapat beliau, muzik berirama rock ialah sejenis gaya muzik yang harus mengejar estetika, dan muzik itu mengandungi pandangan dan fikiran seseorang terhadap kehidupan.

Pada tahun 2004, Wang Feng telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Menangis pada Bahuku". Lagu-lagu dalam album itu melibatkan pelbagai unsur muzik yang antaranya termasuklah lagu rakyat, jaz dan lain-lain. Penggabungan yang sempurna antara unsur-unsur muzik tersebut dengan irama rock telah memperlihatkan gaya Wang Feng yang istimewa. Pada masa itu, imej beliau juga telah berubah menjadi seorang lelaki bandar yang tampan dan matang. Lagu "Aku Ingin Terbang Tinggi" ialah lagu utama album "Menangis pada Bahuku". Dengan suara nyanyian Wang Feng yang penuh dengan keghairahan, lagu itu boleh menggerakkan hati para pendengar supaya segera melepaskan diri daripada pelbagai belenggu bagi mengejar kebahagiaan sendiri.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Burung Kecil"

II "Cinta Merupakan Sebutir Peluru yang Bahagia"

III "Aku Ingin Terbang Tinggi"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |