v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Aku Ingin Khabarkan Padamu" dan Lain-Lain

2007-06-26 10:44:43 CRI

Pada tahun 2000, penyanyi dari Taiwan China, He Rundong telah menceburi arena seni suara dan melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Aku Inginkan Cintamu". Dengan imejnya yang tampan dan suara nyanyiannya yang merdu, beliau telah memikat hati ramai peminat wanita terutamanya gadis. Selepas itu, beliau telah berlakon dalam sebuah filem yang bertajuk "Nyatakan Fikiran Sebenarmu". Dengan teknik lakonannya yang mantap, beliau telah menerima banyak tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri TV. Melalui usaha selama beberapa tahun, beliau telah menjadi salah seorang bintang paling popular di dunia filem dan TV China. Akan tetapi, dalam hati He Rundong tetap mempunyai satu hasrat untuk menjadi seorang penyanyi yang cemerlang. Maka bermula pada tahun 2005, beliau mula menyiapkan album barunya iaitu "Aku Ingin Khabarkan Padamu" dan album itu telah dilancarkan pada awal tahun ini. Dengan itu, beliau telah merealisasikan impian asalnya. Lagu "Sayap Hitam" ialah lagu utama album baru He Rundong. Dengan suara nyanyiannya yang matang dan penuh dengan perasaan, lagu itu telah menambat hati ramai peminat.

Lagu "Aku Ingin Khabarkan Padamu" ialah sebuah lagu cinta antifon yang dinyanyikan oleh He Rundong dengan bintang popular dari Republik Korea iaitu Jang Nara. Dengan suara nyanyian kedua-dua penyanyi ini yang begitu berperasaan menjadikan lagu ini dipenuhi dengan gaya romantis.

Penyanyi dari Singapura, Huang Yida telah menambat hati ramai peminat dengan imejnya yang tampan dan mesra penonton serta suara nyanyiannya yang merdu. Lagu "Gadis Itu" dipilih daripada album terkininya yang bertajuk "Persembahan Sempurna". Lagu itu telah menceritakan tentang ketabahan seorang lelaki yang ditinggalkan oleh bekas kekasihnya untuk melupakan ingatan pilu itu dan menyambut sebuah cinta baru.

Lagu "Bagasi Diriku" dinyanyikan oleh penyanyi dari Malaysia iaitu Penny Tai. Lagu itu telah menggambarkan gaya bebas wanita moden pada masa ini. Dengan iramanya yang mudah dan menggembirakan, lagu ini boleh menyenangkan hati saudara.

 

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Sayap Hitam"

II "Aku Ingin Khabarkan Padamu"

III "Gadis Itu"

IV "Bagasi Diriku"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |